27 June 2012

Luar Biasa; Hati

Bismillahirramanirrahim

Aku percaya
kita punya satu keterikatan utuh
tiada asbab remeh untuk runtuh.

Maha Suci Allah
luar biasa hati kurniaan Tuhan
bisa menerebos jauh
minda dan jiwa aku, kau hadam.

Aku biasa-biasa
kau luar biasa.

Aku menulis
kau tersenyum manis.

Hati aku berkata
hati kau membaca.

[Ingin sekali setentang dua mata, kalau tidak di sini moga ada kesempatan di syurga. Jazakumullah]


Nota Hujung Kalam : Untuk kau yang tidak pernah lekang dalam doa. Ya, kau yang sedang membaca ini. Hati kau yang luar biasa sebenarnya. Aku hanya menyusun aksara seperti biasa, tapi hati kau bisa mentafsir aksara menjadi bunga. Tentu sekali hati kau dekatnya dengan Tuhan. Maha suci Allah, luar biasa bukan. Oh, ya Ukhti Hafizah! Ukhti inspirasi entri kali ini. Senyum.

Nota Hujung Kalam 2 : Bila aku membilang darjah kesyukuran aku, aku pasti menyertakan kau sekali. Alhamdulillah kerana aku selalu punya insan-insan istimewa dalam hidup aku. Tidak kira sejauh mana pun kau, hati kita sentiasa punya keterikatan antara satu sama lain. - Sister Yasmin Mogahed.

Nota Hujung Kalam 3 : Setiap kamu tersenyum bahagia, setiap itu juga aku merasa ada bahagian doa aku yang sedang terkabulkan. - karisuniquetumblr

8 comments:

Ainum Lathifah said...

subhanallah..

akak, izinkan ea nak ambek ayat2. nak buat quote :D

nusrah said...

ainum, i see.. ur name is ainum. baru ni akak tau, xpe nti kita taaruf lebih sikit :D

ps: ambillah mana2 yg awak berkenan ^^

amalina said...

subhanllah..hati2 yg bisa dkat dgn Allah shj yg mmpu mlihat kbaikan dgn mata hati dlm setiap ap yg dbaca..~

syukron sahabati..^^

nusrah said...

amalina,
i missssss youuuuuuu! sorry, lama tak tnye khabar since dah habis sem ritu.

Hati anda yg benar2 dkat dgn Allah. walau bagaimana cara ilmu Allah itu disampaikan, ia tetap menyusup ke dalam hati sbgai stu kebaikan. ^^

HafizahFadzil said...

Assalamualaikum.
Ukhti nusrah.
Allah. Bergetar hati dek susunan aksara ukhti.
Moga Allah redha kehidupan kau insan solehah dikadihi Allah.

Kite serupa.
Saling mencuba hadam dalam bahasa hati.
Ringan.

Allah ukhti,
ada pesanan buat insan istimewa seperti ukhti di blog ana.
Jemput.
Electron cinta Allah.

Tidak sehebat mana. Cuma syukur pada Dia atas
pertemuan kita.
Alhamdulillah

Ainum Lathifah said...

ya akak ..hehe..
nanti kita ta'aruf lagi ;)
syukran.

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Saya, selalu rasa inspired dn aksara akak. Subhanallah wa jazakillah bt akak.

Teruskan tersenyum. Sungguh, hati kita milik Allah. Segalanya milik Allah.

nusrah said...

Amirah Hamani :
Wsalam warahmatullah.
Allah dik, pinjaman Allah semua ni. Moga Allah memberikan sesuatu yg lebih baikkkkkk buat awak :')

"Aku hanya menyusun aksara seperti biasa, tapi hati kau bisa mentafsir aksara menjadi bunga. Tentu sekali hati kau dekatnya dengan Tuhan. "

oh, salam taaruf! ^^