26 June 2012

Hakim

Bismillahirrahmanirrahim


Detik yang lain memilih untuk menghindar
detik itu aku memilih untuk mendekat.

Mengapa ditimbang syurga tak tercukup
sedang kita serupa anak akhirat
akhlak selayak tempat asal ahli syurga.

Kalau jemari aku kau hiris
oh, darah merah yang menitis!
kita sama sahaja rupanya
diriku jua kumpulan perilaku potensi dosa

Kemari tangan kau, aku gapai
Kemari bahu kau, aku paut
Kita berlari ke negeri yang sama
tempat asal cinta.


[ehsan gambar]
"Kamu sungguh tidak bijak menghakimi dan menilai seseorang dari masa lalunya. Ingat, mereka tidak 'tinggal' di sana lagi." 
 - Tia Setiawati Priatna.

"Tolong berhenti melihat natijahnya. Cuba buka mata hati untuk lihat pada usahanya. Dia bukan rasul atau nabi untuk jadi insan sempurna. Dia cuma hamba, sama seperti dirimu. Ada masanya dia terjatuh. Ada saatnya, dia tersungkur. Bantu dia untuk bangun, bukan lemahkan semangatnya hingga dia terpaku lama di tempat dia jatuh." 
- islahnafsitumblr


No comments: