29 June 2012

Kau Akan Lebih Terkagum Melihat Solatnya

Bismillahirrahmanirrahim

[ehsan gambar]


"Kau akan terkagum melihat hasil tangannya
bagai tiada cacat cela
tapi kau akan lebih terkagum melihat solatnya
menunduk pada Pemilik Cinta
sempurna
ba'diyah qabliyah
tidak pernah terlangkah

Kau akan terkagum melihat dia menepati masa
seolah masa sering kalah bila diajak berlumba
tapi kau akan lebih terkagum melihat solatnya
tiada tangguh-tangguh
atau nanti-nanti
yang ada cuma sungguh-sungguh
azan sahaja, badannya sudah berlabuh."


"Boleh aku tahu nama kau siapa? Hebat sungguh kau ini."
"Nama aku adalah kau."
"Eh, siapa kau sebenarnya?!"
"Sudah aku bilang, aku adalah kau. Kita cuma dipisahkan oleh garisan jahiliyah."


Nota Hujung Kalam : Untuk mengenal seseorang, lihat sahaja solatnya. Jika dia seorang yang suka menghormati waktu solat dan sering sahaja solat di awal waktu, kau akan lihat dirinya amat suka menepati masa. Jika dia seorang yang suka memastikan solatnya sempurna, malah lengkap dengan dua pengiring; qabliyah dan ba'diyah, kau akan lihat dia seorang yang suka membuat kerjanya dengan bersungguh-sungguh. Jika dua ciri-ciri ini tidak mencerminkan peribadinya, tentu ada yang tidak kena pada solatnya.

Nota Hujung Kalam 2 : Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar - [Kalam Cinta : 29 : 45]


2 comments:

chenurulhusna said...

slm nusrah:)terbaik:)keep it on:)<3<3

nusrah said...

ukhti husna,
jazakillah ukhti! moga dalam kecintaan Allah selalu ^^