12 May 2012

Terus Berjalan

Bismillahirrahmanirrahim

Tuhan,
leraikanlah simpulan-simpulan yang ada
biar hilang kekusutan dalam jiwa ku
biar aku terus tenang dalam ujianMu.

Tuhan,
tuangkanlah rahmatMu kepada semua
biar seisi dunia terbias dengan rahmatMu
biar setiap detik ada sahaja insan membungakan ceria dengan rahmatMu.

Tuhan,
mudahkanlah segala yang sukar
sempurnakanlah segala yang kurang.

"Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita. - Hilal Asyraf."
"Boleh jadi kita sampai pada keadaan yang kita ada sekarang ini bukan atas faktor doa  kita sendiri, tapi atas doa yang insan lain kirimkan buat kita."
“Untuk melewati badai kita harus terus berjalan, bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan, hanya ada dua hal yang harus terus kita bawa; keyakinan, dan cinta. - Hamid, Di Bawah Lindungan Kaabah.

[Ehsan gambar]

Nota Hujung Kalam : Khusus buat pelajar-pelajar tahun akhir yang sedang berhempas-pulas menyiapkan projek dan tesis pada detik waktu terakhir. Moga Allah mudahkan urusan kalian. Kirimkan nama aku dalam doa kalian juga ya.

Nota Hujung Kalam 2 : Baru aku tahu kerja-kerja mengaplikasikan mutabaah amal dalam bentuk sistem laman sesawang bukan semudah petik jari. Aku memaksa otak kiri aku bekerja keras menyusun logik-logik kod. Hampir termuntah menghadap sekalian bahasa pengaturcaraan. Allah, betapa aku lemah. Lagi sayu bila penyelia projek kata, "Maaf, awak dapat pemeriksa yang agak cerewet". Dan otak kanan aku pula berusaha semaksima mungkin memujuk, "Pemeriksa cerewet itu bukan masalah kau. Dia bukan halangan kau untuk berjaya. Tugas kau buat yang terbaik. Ini baru ujian dunia yang kecil."


2 comments:

Jamilah Mohd Norddin said...

di bawah lindungan kaabah.

novel-novel besar...
nipis tetapi padat.

nusrah said...

jamilah :
kan? :)
karya Buya Hamka tidak pernah mengecewakan.