07 May 2012

Soalnya, bagaimana?

Bismillahirrahmanirrahim.

Sering sahaja aku terlihat si kopiah
lagaknya tidak semenggah
mahu sahaja gugur gelaran ustaz
dek akhlaknya persis iblis
merasa 'Aku ini lebih hebat'.

Eh, andai sahaja kau tahu
peratusannya kecil
tidak semua.

Tapi, yang sedikit itu lah yang dipandang
layar putih sebesar alam
titik hitam juga yang terakam
itu namanya normal
yang buruk sering jadi modal.

Soalnya, bagaimana?
Kau pegang hati kau sekarang
tanya Iman
apa selama ini amal ibadah kau jujur?

Kau lihat manusia di depan belakang
tanya Ukhwah
apa kau melihatnya dengan kasih sayang terluhur?

Kau lewati insan yang mungkin nilai Islam padanya terkurang
tanya Akhlak
adakah ucap salam yang dihulur?
atau mudah sahaja kehinaan yang tertabur?

[Soalnya, bagaimana kau melihat foto ini? Aku melihat ada kehidupan yang lebih baik menanti. Ehsan gambar.]













Nota Hujung Kalam : Allah, jangan salah faham. Entri ini untuk aku sendiri. Supaya nanti-nanti saat aku terlupa yang aku ini juga hamba (nauzubillah), entri ini yang akan mengetuk kepala aku kembali. Asif, andai ada yang terasa.

Nota Hujung Kalam 2 : Soalnya, bagaimana? Lihat dan hadamkan di sini.

Nota Hujung Kalam 3 : Aku rasa aku sudah jumpa cara terbaik untuk tidak tidur lepas subuh, tonton video semacam itu. Murabbi kata, kita kena raikan satu perubahan kebaikan yang kita buat. Beri penghargaan untuk diri sendiri dengan sederhana. Moga nanti lagi banyak kebaikan yang kita seronok mahu buat. Sadis kan? Sudah tua-tua, tidak malu lagi mahu tidur lepas subuh. Sorok muka dalam baju. (errrr -.-')

No comments: