10 May 2012

Semudah a b c, semoga.

Assalamualaikum warahmatullah.


(a) Air Jernih
Pernah kau lihat bekas yang penuh terisi dengan air jernih? Kemudian bekas itu kau tutup kemas-kemas. Rapat. Hingga udara dari luar pun rebah asa mahu menjengah.

Macam itu juga dengan hati kau. Andai sahaja kau cuba isi penuh-penuh ruang hati kau dengan rahmat dan cinta Allah, mesti mana-mana cinta dunia yang mahu mengetuk pintu hati kau juga akan merebah. Hilang asa lalu mengibarkan bendera yang putih warnanya, tanda 'Aku kalah!'.

Moga rahmat Allah itu sentiasa tertuang dalam jiwa-jiwa kita. Moga cinta Allah yang mengisi kekosongan jiwa. Semoga. Aku tahu susah, tapi kita usahalah. Sama-sama.


(b) Cinta Langit
Sebab itu, acap kali juga kita susah mahu berlapang dada. Sebab kita tidak cuba isi penuh-penuh ruang hati kita dengan rahmat Allah. Kita galak mengisi dengan bersangka-sangka. Kita galak penuhkan dengan agak-agak.

Kalau tidak hati kita dilapangkan dengan cinta-cinta yang melimpah turun dari langit, maka itu petanda hati kita bakal sempit. Dihimpit dengan sangka-sangka yang menyebabkan kita sukar mahu berlapang dada.

Tidakkah kau mahu menjadi kecintaan yang di langit?

Sabda Rasulullah SAW : Bila Allah mencintai seorang hamba, maka Allah berseru kepada Jibril: “Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintailah dia.” Jibril pun mencintainya. Kemudian Jibril berseru kepada penghuni langit: ”Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka kalian cintailah dia.” Penghuni langitpun mencintainya. Kemudian ditanamkanlah cinta penghuni bumi kepadanya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 5580)

(c) Hati Hidup

Bila hati sentiasa berinteraksi dengan Allah. Melalui hati yang hidup, maka pandangannya adalah pandangan Allah. Pendengarannya adalah pendengaran Allah. Percakapannya adalah percakapan Allah. - lewat laman Kak Syahida.


Jika kita sibuk melakukan kebaikan, kita tidak akan sempat melihat keaiban orang lain. Jika kita masih sempat, itu petanda kebaikan yang kita buat masih sedikit. Dan kita masih belum benar-benar baik. - Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Halaman 180, Beduk Diketuk

[Rumput hijau.  Embun jernih. Cahaya atas cahaya. Bau pagi yang indah!  Ehsan gambar]


Nota Kecil : Oh, andai sahaja semudah a, b dan c! Baru aku tahu, kenapa aku tenang amat melihat muka-muka yang bercahaya macam ulama' yang sedia ada. Kesan cahaya atas cahaya. Kerana cinta Allah terbias di wajah mereka. Allah..

4 comments:

ismisyahida. said...

salam.

eh eh. ^^

Bila Allah mencintai seorang hamba, maka Allah berseru kepada Jibril: “Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintailah dia.” Jibril pun mencintainya. Kemudian Jibril berseru kepada penghuni langit: ”Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka kalian cintailah dia.” Penghuni langitpun mencintainya. Kemudian ditanamkanlah cinta penghuni bumi kepadanya.”

erm. hadis ni. terkesan. sangat.

jom, sama-sama cari cinta Allah.:)

Izzati Hashim said...

InsyaAllah semudah kita menyebut A, B dan C.

Tak susah pun sebenarnya nak cari cinta Allah, tapi kita yang buatkan ia nampak susah.

Kita selalu kata Allah jauh, tapi sebenarnya kita yang menjauhkan diri. Hakikatnya, Allah Maha Dekat.

-.-

p/s : Bila tgk wajah ulama atau org soleh, muka ini yg tertunduk. Kenapa? Sebab segan. Allah...

Syafa Mohamed said...

hmmmmmm.......sama-sama yer akak;')
Tak mahu sorang-sorang tamak meraih cinta Allah, nak masuk jannah pun tak seronokla sendiri. sama-sama ea.

walaupun kita belum pernah berjumpa, cinta Allah itu juga terbias pada akak.sebab itu syafa rasa sayang akak,selalu!

nusrah said...

Kak Syida :
indeed. sangat terkesan kan ngan hadith ni. patut lah klu kita tgk muka org yg dekat ngan Allah je kita tenang. sebb cinta-cinta langit tertumpah atas mereka.


Zati :
insyaAllah. moga Allah mudahkan sentiasa. kena byk mujahadah kan? :')


Syafa :
Jom, syafa! Kita sama-sama ye. Syafa nak takluk jepun kan? ^^ Biiznillah, doakan akak thabat juga.

Allah.. mungkin kita sama-sama meletakkan ukhwah pada cinta Allah. Sebab itu kita rasa sama-sama sayang dan akak merasa rabitahnya walau kita tak pernah jumpa. Love you fillah..!