08 April 2012

Mana Mungkin Sama

Bismillahirrahmanirrahim

Tuhan kita Maha Hebat kan?
Mana mungkin aku dan kau sama

Ya, aku mengangguk senada
Setuju dengan kata-kata
Kita memang serupa
Kerana kita sama-sama manusia
Punya akal untuk susun bicara
Punya hati untuk bisikkan mana dosa pahala.

Tapi, bila kita sama-sama tenung mata
Kau dan aku tersenyum suka
Rupanya kita memang berbeza.

Masakan jika kita sama
Tentu aku mengenali kau tanpa nama
Mungkin hanya dengan butiran angka
Manusia siri yang entah ke berapa ribuan juta.

Lagi mahu tayang senyum di muka
Moga perbezaan kita tidak menyekat nilai taqwa
Kerana aku mahu berbicara lagi dengan kau di syurga.

Eh, bisakah kau kirimkan doa?
Janji kita jumpa lagi di Jannah ya.

[Banyak nya warna kita. Tapi kita masih berteduh di bawah langit Tuhan yang sama kan? 
Saat kau pandang ke langit dan bisikkan 'Tuhan, jagakan dia untukku' (Jazakillah tikun) - Ehsan gambar.]


Nota Hujung Kalam 1 : Aku terinspirasi dari sini. Bila dengar setiap tutur bicara Mufti Menk, aku jadi keasyikan. Jika dia bertutur, aku sudah siap-siap dengan Kitab Cinta disebelah kanan kerana ada sahaja ayat yang bisa ditadabbur.

Nota Hujung Kalam 2 : Ini. Betapa Maha Hebat dan Maha Berseninya Allah itu bila pola cap jari yang menghiasi lapisan kulit ibu jari kita juga berbeza. Bukan cuma aku dan kau sahaja yang berbeza, teman aku yang punya saudara kembar juga. [75:3-4]


5 comments:

aiEz said...

suka entry ni...:))

Faaein Talip Roy said...

macam aiez... suka juga dengan entri ini!.. [^__^]

bila pandang ke langit.. kenanglah daku dalam doamu..

nusrah said...

aiez dan kak faein :
tsumma hamdan lillah. Memulangkan semuanya pada Allah yg mengurniakan ilham itu.
Moga ada manfaatnya..! ^^

.:Insyirah:. said...

nice entry..:) assalamualaikum..
kadang2 rasa pelik, walau tak kenal, baru sekali pandang,dah timbul rasa sayang..pd sahabat..unik..tp itulah nikmatNYA..:)

nusrah said...

Insyirah,
wsalam warahmatullah..
Maha Hebat kan Allah itu, belum bersua dua muka lagi tapi sudah mencampakkan rasa mahabbbah dalam ukhwah. :')

Moga dalam lindungan Allah selalu. Jazakillah ke sini.

Oh, ya! Mahu dipanggil apa ukhti? Insyirah mungkin.. :)