04 April 2012

Bukan Angka

Bismillahirrahmanirrahim

Malahan jika berjuta
Aku bilang tidak
Apa yang ada pada angka
Tidak bisa aku tanam semua
Mengikut pun tidak dalam liang barzakh kelak

Andai sahaja aku berbangga-bangga
Andai sahaja aku butuh pujian manusia
Andai sahaja aku mahu semuanya suka
Ini sama sahaja dengan sampah
Lalu apa guna tarbiyah
Apa aku cuba kosmetikkan dakwah

Eh, apa aku sendiri mahu persembahkan hadiah yang busuk isinya?

Tuhan, ini aku
hambaMu yang pernah berjanji di langit dahulu
Sedang syahadah itu
Disaksikan isi langit dari hujung hingga ke hulu
Pandanglah aku
Saat aku kepapaan mengemis rahmatMu


[Kata Sufyan Ats-Tsauri, "Tidak pernah aku memperbaiki sesuatu yang lebih berat bagiku daripada niatku, karena niat selalu berubah-ubah." - Ehsan gambar]

Nota Hujung Kalam 1 : Imam Hasan al-Basri r.a. pernah ditanya tentang apakah sebenarnya dunia, maka beliau menjawab, "Bayangkan orang di dalam sebuah perahu yang terbalik, dan semua orang cuba menyelamatkan diri mereka dengan berpaut pada kepingan-kepingan papan pecah. Begitulah kedudukan sebenar manusia di dalam dunia ini."


Nota Hujung Kalam 2 : Ibnul Mubarak mengingatkan, "Betapa banyak amal yang kecil menjadi bernilai besar kerana niat dan betapa banyak amalan besar yang menjadi bernilai kecil kerana niat." - Bicara Sederhana Tentang Ikhlas.



No comments: