Sejak dari aku hingusan lagi
ayah banyak kali pasakkan tentang berdikari
mungkin sebab itu lah, aku sendiri tidak suka menagih simpati.
Kalau tersadung kaki
langsung bangun sendiri
habis compang-camping baju
melalak kesakitan, itu sudah tentu
tapi kelak aku pandai sahaja diam bila tangisan tidak lagi berlagu
jika ummi cuba pujuk, tengok sahaja nanti
tangisan aku pasti tambah nyaring lagi
maka, itu erti bangkit sendiri dengan dua kaki yang ummi ayah tanamkan dalam jiwa aku.
Kalau tertusuk duri
aku akan umpil sendiri dengan jemari
tercarik kulit, itu sudah pasti
jika tidak mengalirkan cecair pekat rona merah, itu menipu
tapi kelak aku pandai sahaja mencari tisu
tahu-tahu sahaja aku hilangkan gundah
lantas dituang minyak gamat hitam likat sampai sakit kebah
maka, itu erti merawat luka sendiri yang ummi ayah didik pada aku.
Lalu dalam tarbiyah ini
aku mula belajar sendiri
tentang mandiri.
Jangan suka meletak harapan pada yang tidak kekal
nanti aku sendiri yang akan kesal
Jangan terlalu bergantung pada insan
malah pada bayang-bayang sendiri pun jangan
kerana nanti, bayang-bayang aku sendiri akan lesap juga saat aku dalam gelita
maka, pada Allah aku tumpahkan segala rasa
untuk sekali ini percaya kawan akan kata aku, kau harus cuba.
![]() |
[Ehsan gambar] |
Nota hujung kalam : Jadikanlah "hasbunallah wa ni'mal wakil" syiar dan semboyan yang selalu menyelimuti langkah hidup anda. Jika harta anda berkurangan dan mata pencarian anda menyempit, mengadulah kepada Tuhanmu seraya mengucapkan "hasbunallah wa ni'mal wakil". Apabila anda takut menghadapi musuh atau khuatir terhadap permasalahan kehidupan, maka ucapkanlah dengan tulus akan kalimah ini : "hasbunallah wa ni'mal wakil". - La Tahzan, halaman 40 & 41.
Nota hujung kalam 2 : Aku seakan ada satu penyakit kemalasan membaca lewat dua tiga minggu ini. Mungkin dengan cara aku menulis dan membebel di sini, aku jadi rajin sedikit mahu belek-belek kitab kuning La Tahzan. Mungkinlah. (huhu.. -.-')
Nota hujung kalam 3 : Ada ayat cinta yang bisa ditadabbur [25 : 31]
No comments:
Post a Comment