09 March 2012

Rabak

Assalamualaikum warahmatullah.

Tempat itu masih kosong
Tidak berpenghuni
Malah ditinggalkan berhabuk hampir seabad
Pemiliknya sudah dihalau
Oleh boneka bertopengkan Islam

Tubuh yang dahulu
Diselimut lembaran kain cukup sifat
Kini cuma ada perca kain compang-camping
Ada yang hampir rabak
Jenuh dirobek tangan-tangan pemusnah
Tiada lagi lembaran kain cukup sifat menutupi

Makin tenat
Anggota kanan merintih sakit
Yang kiri hanya mampu menjeling
Tidak terasa keperitannya
Mungkin telah imun dibius
Suntikan jahiliyah

Hati menjerit
Namun pekik nya terkedap
Dalam ruang jahiliyah
Benar
Sekali lagi
Jahiliyah yang bertamu
Jiwa demam merindu
Di mana lagi mahu dicari Salahuddin al-Ayyubi
Di celah mana Muhammad al-Fateh bisa ditemui

Diam
Tidak terjawab

[Peace. Tenang. Hanya dapat dirasa bila kembali pada Islam. Sepenuhnya. Bukan separuh-separuh. Penghargaan gambar di sini]







3 comments:

najwa's said...

subhanallah! penuh melankolik~

Syafa Mohamed said...

salam wbt akakkkkkkkkkkkkk;')

nur atiyah itu akak...afwan jiddan dikata belum taaruf..patut saja rasa dekat.

Allah..Allah..malu^^

syafa sayangggg akak.

nusrah said...

to najwa :
Alhamdulillah, sungguh Allah jualah yg mengurniakan ilham. Moga sampai mesejnya.

Jazakillah for being here ukhti... ^^


to syafa :
La ba'sa syafa, ma fi musykillah. ;)

Akak sayang syafa lebih lagiiii. Moga dalam lindungan Allah selalu..