20 March 2012

Wanita Lindungan Tuhan

Bismillahirrahmanirrahim

Mahukah kau aku hidangkan tentang kisah dia
Dia wanita lindungan Tuhan
Melihat wajahnya sahaja sudah terbias Tuhan

Hidupnya dahulu pernah digari jahiliyah
Punya kisah silam yang parah

Setiap langkah cuba bermujahadah
menjadi yang terbaik di mata Tuhan

Setiap detik terus berjuang
meraih cinta Tuhan

Walau asyik lelah
Walau kadang bernanah dalam melangkah
Masih lagi mampu tersenyum meneguk rahmat ar-Rahman

Dia wanita yang padanya syurga merasa rindu
Malah bidadari turut mengalirkan rasa cemburu
Kerna tingkahnya sentiasa menyenangkan
Penyejuk hati bonda ayahanda

Waktunya sebagai sahabat
menjadi penguat
Di bahunya segala air mata ditumpahkan
Hayatnya sebagai permaisuri
mendamaikan pemilik hati
melengkapkan sayap kiri si daie
Hadirnya sebagai ummi
mententeramkan tangisan si kecil

Mahukah kau menjadi si dia yang aku kisahkan?

[Penghargaan gambar di sini.]


Nota Hujung Kalam : Rentetan dari status seorang sahabat dunia akhirat, "Jadilah wanita yang dicari-cari". Cakap sahaja memang mudah, tapi mahu menjadi si dia yang dicari-cari itu nyata susah. Kerna aku juga pernah duduk dalam lingkungan jahiliyah. Berusalah. Sungguh Allah Maha Menilai walau sekecil zarah. Utamakan dahulu pandangan di atas, bukan pandangan dunia.

Nota Hujung Kalam 2 : Cuba menajamkan kembali pena yang dibiarkan tumpul semenjak meninggalkan bangku sekolah. Jazakallah Cikgu Bibodin, pendidik Bahasa Melayu yang sangat berdedikasi. Jika ada teman SMKA Kuala Selangor yang melawat sekolah, titipkan salam aku pada beliau.

Nota Hujung Kalam 3 : Aku tidak minta kamu suka. Jika tidak suka, aku mohon kamu undur diri dalam keadaan terhormat bukan dengan mematahkan semangat aku. Moga kita dalam lindungan Allah selalu.


7 comments:

Izzati Hashim said...

Nak!
Saya nak jadi si dia,
si dia yang dicemburui bidadari syurga,
si dia yang dicari-cari(?).
Si dia yang dikisahkan oleh kamu.


p/s : Tiya! Saya rindu Tiya. ('=

Anonymous said...

'like' nota hujung kalam 2.hee ^^
-ctz

nusrah said...

to izzati :
Ayuh, mulakan langkah sekarang. khair, insyaAllah kita lah 'si dia' itu. :')

p/s : Allah... rindu zati teramat juga.. Moga dalam lindungan dan rahmat Allah selalu ya habibati. Uhibbuki fillah.

to ctz aka zakiah :
nama ringkas mu sahaja sudah ku kenal. ^^

Senyum lebar. Nyata aku rindu zaman sekolah, mendengar bebelan setiap pendidik. Dan semestinya aku rindu kamu juga yang sebahagian dari hidup dan zaman sekolah ku.

Ukhwah sampai syurga~

Ainum Lathifah said...

inspired :')

Allah.. jauhnya rasa nak dapat title tu..

nusrah said...

to srikandi asytari :
what should I call u ukhti? :)

InsyaAllah, kita usaha sedaya upaya ya ke arah tu. Moga Allah mudahkannya :')

A.N said...

cikgu bibodin, ayah bestfriend a.k.a ex-dormmate saya ;)

nusrah said...

anis :
Allah, yeke anis. What a small world! ^^
kira anis sama tmpat blaja skrg atau sama skola ngan anak cikgu bibodin tu?