21 November 2011

Nanti yang Ada Cuma 'Kita'

Hati tolong titip pesan sama dia
Dia yang bakal memimpin tanganku sampai syurga
Bakal mengimamkan setiap sujud di sejadah cinta
Aku tidak pernah meminta yang kacak paras rupa
Cukup sekadar penyejuk mata
Kerana aku juga penuh dengan noda
Banyak dengan cacat cela
Maafkan aku jika tidak seperti yang kau damba

Saat Allah sudah mengukir namamu untukku
Ketahuilah yang aku tidak pernah mengharapkan yang sempurna
Cukup sekadar penyempurna agama
Kerana aku juga si jiwa pendosa
Moga ketidaksempurnaanku menjadi kesempurnaanmu
Moga kelebihanmu menutup kekuranganku

Detik lafaz sakinah bermula
Tiada lagi 'siapa dengan siapa'
Tiada lagi 'aku dan dia'
Kerana nanti yang ada cuma 'kita'
Aibmu akan jadi aibku
Indahmu akan jadi indahku
Celaku akan jadi celamu
Bahagiaku akan jadi bahagiamu

Aku pinta kau redha dengan setiap langkahku
Kerana redhamu akan jadi redha Rabbi
Aku pohon kau mudahkanlah jalan aku ke sana
Kerana bagiku hanya kau pemilik kunci
Kunci kita ke syurga-Nya


[Ya Rabbul Izzati, aku hanya mahu dia yang menambahkan kecintaanku padaMu. Penghargaan gambar.]

p/s : Ini tidak lain hanya doa di setiap sujud istikharah. Maaf, tiada bait-bait romantika kerana diri ini bukan sejiwang yang anda sangka. 

p/s lagi : Tidak ditujukan untuk sesiapa. Hanya buat dia yang mungkin sedang membaca bait-bait Cinta dari Allah atau mungkin yang sedang mempersiapkan diri ke syurga atau mungkin yang sedang kembali mencari fitrah.


12 comments:

Anonymous said...

janji, pimpin saya sehingga syurga :) nice article, buat mata basah je..hik3

Izzati Hashim said...

('=

moga si 'dia' baik-baik saja kan?

nusrah said...

To izzati :

InsyaAllah, ya. Moga si dia baik-baik saja. Saya tetap tunggu walau hanya di syurga hentiannya.. :')

nusrah said...

To Syifa :

Jazakillah for being here ukhti..
Ya, janji pimpin tangan ke syurga.. :)

Moga Allah beri yang terbaik untuk ukhti juga..

Salam taaruf..! ^_^

Syafa Mohamed said...

Assalamualaikum akak...Allah..syafa mintak maaf atas kelewatan utk balas komen akak atas kesibukan di sekolah^^

itulah..syafa nak cakap jugak,kecik jer dunia...tak disitu,disini kita dipertemukan,bila dah Allah nak begitu kan akan...;)

aah,syafa dah fly..awal tahun nie..kiter xpernah jumpa ya akak?kat surau kolej12 ker?hehe...

akak masih di UM sekarang?

btw kita tak sempat pulak nak email akak...aseef jiddan yer akak...apa2 pun,gembira sgt dapat kenal..mohon tunjuk ajar dr akak jugak...^_^

Infiru said...

Salam alaik ukhti nusrah :)

best sangat! ^^

music pun nak buat kite lena je ^^

:)

rindu fillah.

semoga kamu baik baik sahaja di dalam dakapan Allah :)

nusrah said...

To syafa :

SubhanaAllah, kan?? Kuasa Allah. Akak memang tak berapa nak kenal sahabat ngan adik2 rpkj masa tu. Entah2 kan, kite pernah terserampak tapi tak tau nama..haha. cam cite korea.

xpe klu x sempat. Ble2 yg sempat syafa bleh reply, nti akak bg link fb akak kat email tu kay.. ^^

MashaAllah, akak pun banyak belajar dr syafa tau. Jom kita sama2 berlari ke syurga..! ;)

nusrah said...

To Qautsar :

Wsalam warahmatullah syafiqah.. :)

hehe..nama pun lagu jiwang, tu yang nak lena je dgr.. :p

Rindu sangat2 kerana Allah juga..Moga hati awak pun sentiasa dekat dgn Allah.

p/s : Jom sama2 berlari ke syurga..! ^^

Faaein Talip Roy said...

SubhanAllah.. dek nusrah!!!...

I like this..

moga dengan cinta-Nya menemukan cinta kalian..

best.. suka baca bait-bait itu.. ^^,

nusrah said...

Kak Faaein :
Allahu rabbi, rindu akak ketat2.. Lamanya tak nampak kelibat akak kat alam maya nih... =p

Amin, syukran kak atas doanya.. =)

p/s : akak suka ya? On the spot je keluar nih. Rasa klu spe2 masuk minang, nak bagi entri yang ni ja sebakul buat hantaran.. XD

khalila ishak said...

walaupun kata bukan jiwang. tp ayat2 kat atas sangat romantis!. insyaAllah... ;)

nusrah said...

to kak ila :
erkkk?? romantis.. (geli jap. Haha)

InsyaAllah wa biiznillah. Moga Allah beri yang terbaik utk akak juga..(mesti yg terbaik. Nti tak leh masuk geng panjat pokok rambutan. Eh? =p)