26 October 2011

Rojak dan Air Batu Campur, Anda Suka?

Assalamualaikum warahmatullah
Moga kalian terus dalam rahmat Allah yang luas itu.

Otak sudah macam tin sardin campur tahu sumbat. Segala macam isi cuba dipadukan dalam satu bekas yang ditutup rapat. Tiada ruang udara dibiarkan bermarajalela. Tepu. Hanya itu yang mampu diluah. Mata pandang kosong kertas-kertas hitam putih yang sudah diconteng penuh. Penuh warna kuning. Selang sebaris. Tanda kertas itu sudah diwarna dengan pen penyerlah tulisan ( sila baca : highlighter pen).

Idea menulis bagi pembentangan minggu akan datang sudah mula tersekat-sekat. Serupa macam komputer riba ini yang asyik terencat-rencat sistem operasinya apabila terlalu banyak arahan yang perlu ditukar kepada sistem bacaan 1 dan 0. Tadi bukan main galak idea mencurah-curah sampai tidak menyempat. Laju tangan menari atas papan kekunci. Taip dan taip tanpa henti. Takut idea lari pergi. Padan muka sendiri. Buat lagi kerja campur aduk. Segala macam mahu diumpuk. Mengalahkan rojak dan air batu campur. Lain kalau rojak. Makin dicampur aduk, makin sedap dimakan. Serupa macam air batu campur. Tapi ini kerja. Makin dicampur aduk, makin binasa badan.

[Percaturan Allah itu adil. Kena pada tempat dan waktunya. Kamu hanya tinggal meletakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah. Penghargaan gambar di sini.]

Tampar pipi laju-laju. Konon mahu pegun depan butiran nota. Siapkan pembentangan sampai lebam mata. Buat perjanjian sumpah setia. Ya, konon. Janji tingal janji. Buka tab sampai dua tiga pada ruang maya. Kononnya lagi mahu selang kerja dengan tonton drama. Sampai sudah, buat drama yang penulis skrip dan pengarahnya orang yang sama. Habis hilang semua butir-butir pembentangan yang sudah ditaip. Komputer riba merajuk tanpa disuruh. Idea-idea terbang dibawa angin malam. Pandangan kelam. Kerja makin bertimbun ada, drama entah hilang ke mana.

Dalam Islam sendiri pun sudah diajar. Jangan dicampur aduk hitam dengan putih. Jangan dicampur aduk halal dengan haram. Jangan dicampur baik dengan buruk. Minyak dengan air, selamanya tidak boleh bercampur padu. Walau dalam sup ayam sekalipun, minyak tetap terapung di atas. Air akan termendap di bahagian bawah. Kalau buat amalan mulia, jangan dicampur aduk dengan niat buruk. Ya, bayangkan kalau kita mahu menderma tapi niat di dalam sebenarnya ingin menunjuk-nunjuk. Bukankah  itu kerja yang sia-sia. Duit diderma, tapi berkatnya tiada. Mahu buat kerja-kerja Islam, tapi niat di dalam sebenarnya mahu popular. Kerja-kerja Islam siap, tapi hati rasa kosong. Mahu buat kerja-kerja dalam lapangan dakwah, tapi ikhtilatnya tidak dijaga. Kerja-kerja lapangan dakwah jalan, tapi natijahnya kurang menjadi.

Kenapa saya coretkan begini? Entah! Jongket bahu. Kiri dan kanan serentak. Mungkin kerana sudah lama memerhati. Mungkin juga sudah lama mengalami. Mungkin juga kedua-duanya sekali. Jika sudah lama perhati dan alami sendiri, kenapa sampai sekarang masih pegun berdiri? Tiada ruang tempat dan waktu untuk meluahkan hasrat hati? Mungkin. Tidak berani meleraikan yang terpendam dalam hati? Mungkin. Entah! Jongket bahu lagi. Kamu ada jawapan? Ya, kamu. Kamu yang sedang membaca sampai ke noktah ini.

[Ya, semuanya akan baik-baik sahaja. Jika tidak hari ini, tapi selalunya kan begitu? Penghargaan gambar di sini.]

p/s : Hati meronta-ronta pedih. Serasa macam tiada satu usaha dakwah yang cuba diolah bila melihat masih banyak jiwa-jiwa yang kosong dan dahagakan kasih-sayang Tuhan. Mahu meruntun-runtun air mata jatuh serupa air terjun.

p/s lagi : Ya, saya tahu. Entri ini banyak nama makanan. Oh, tahan nafsu telan makanan berlemak-lemak! Tahan nafsu makan benda-benda yang menggemukkan.


7 comments:

Faaein Talip Roy said...

terasa jugak.. kadang-kadang rasa hati ini belum cukup kuat untuk melakukan gerak kerja dakwah.. tapi mahu tunggu sampai bila? bukan ke itu tanggungjawab kita sepatutnya.. tapi.. hati ini masih tetap rasa... belum cukup kuat.. dan belum mampu untuk melakukan perkara sedemikian.. hurmm.. =(

nusrah said...

kak faein,

huaaaa...nak pinjam bahu akak boleh? mampu nanges dalam hati je skrg.. T_T

Allahu Allah..rasa down sgt :'(

Akak, kita sama2 mentabah ye. Akak pinjam bahu saya, saya pinjam bahu akak.

Umairah. said...

salam'alayk.

nusrah syg, adakalanya kita perlu ber'uzlah' skjp utk mencari tenang.

'sepi'kan diri sekejap, b'sama Allah. mgkn 'iman' perlukan itu. sbb tue agknya jiwa kita, jdnya agak 'kalut' & serba tak kena.

i'Allah, solat dua rakaat, dan sujudlah lama2. merayulah, memintalah, mengadulah, sbyk mana pun. ataupun isikan dgn tilawah sbyk yg mgkn. kalau uzur, isikan dgn mathurat. ataupun baca kisah shbt yg menggugah hati.

video nouman pun ada. cr yg tazkiyatunnafs agar kita dpt alirkan air mata. i'Allah, akn lbh lega. :)

mg Allah permudahkan.

amin3 ya Allah.

slm syg, take care. ;')

Faaein Talip Roy said...

sabar yer nusrah.. semoga kita kuar di jalan ini.. akak tahu nusrah kuat.. Ganbate!.. ^^,

nusrah said...

to umy :

Syukran. Jazakillah. A big thanks and hug for you!

Alhamdulillah, Allah sentiasa ada di sisi, mengirimkan insan-insan yang mampu mengalirkan sekali aura kekuatan.

Syukran atas doa. Syukran atas nasihat. Syukran atas kesudian menghulurkan ukhuwah. :')

p/s : maaf lambat. Baru ni ada kekuatan.

nusrah said...

to kak faein :

Oh, ganbate! syukran akak. ^_^

Syukran atas huluran ukhuwah. Syukran atas aliran aura positif. Syukran atas doa. Syukran atas ruang masa yg dihabiskan di laman ini. Syukran atas semuanya. :')

Much love!

Faaein Talip Roy said...

with love..
almost welcome dek!.. [^^,]

pinjamkan aura positif kepada akak pulak.. akak rasa makin jauh pulak dengan-Nya.. -__-