16 October 2011

Rindu kalian, Diri Ini Leraikan Dalam Doa

Assalamualaikum warahmatullah..
Moga kalian terus dalam rahmat Allah yang luas itu.

Sudah lama tidak berkongsi sesuatu di sini. Mahu kata tiada masa, saya menipu kalian hidup-hidup. Bukan atas kekangan masa yang menyebabkan laman ini sendiri menyepi. Yang ada cuma habuk-habuk dan sarang labah-labah yang menjadi penghuni tetap. Saya tidak mahu menulis kerana nafsu. Menulis untuk menarik perhatian orang. Menulis kerana mahu populariti. Menulis kerana mahu blog diintai hari-hari. Maaf, jika ada yang terasa. Jika boleh, setiap abjad yang ditaip, ada redha Allah di situ. Belajar sesuatu semalam, walau letih seharian keluar dengan kakak dan sepupu. Jazakumullah buat kalian, tidak pernah berhenti dari menggembirakan hati ini. Saya tidak pernah putus berdoa yang kita sekeluarga akan berkumpul lagi di syurga. Saya menanti detik dan saat itu. Indah!

[Penghargaan gambar di sini.]
Saya belajar yang diri kita sangat berkait rapat dengan usia. Eh, ayat macam rancangan dokumentari. Skema! Macam mana kita mengakhiri sisa-sisa usia yang ada. Bagaimana mahu memaksimumkan amalan seiring dengan redha Allah. Maklum sahaja, usia sudah semakin senja. Makin bertambah usia, makin dekat kita dengan penghujung nyawa. Bila sedar usia makin meningkat, saya lebih menghargai waktu-waktu yang singkat. Waktu bersama keluarga. Waktu bersama sahabat. Waktu mendalami ilmu. Waktu untuk Islam. Waktu untuk Allah. Waktu untuk Ummah. Semua tentang waktu. Andai dapat diri ini putar waktu yang lalu, sudah tentu tidak akan dibiarkan lompang-lompang kecil memenuhi segenap ruang waktu.

Dan ya, makin bertambah usia, makin saya menghargai ikatan-ikatan yang ada. Ikatan keluarga. Ikatan ukhuwah dengan teman-teman sekuliah. Ikatan ukhuwah dengan teman-teman seusrah. Ikatan ukhuwah dengan rakan-rakan blogger. Oh, bunyi macam klise! Tapi sungguh, ini yang keluar dari hati. Angguk-angguk. Tolong percaya saya. Mendapat mesej selang sehari dari rakan-rakan blogger dan teman sekolah lama, sumpah rasa terharu. Ada rindu. Rindu kerana Allah. Sungguh, ikatan yang dibina kerana Allah itu cukup indah. Ya, memang cukup indah. Anda kena rasakan sendiri. Tidak sukar. Letaklah setiap titik perkenalan itu kerana Allah, bukan perihal dunia. Saya sudah cuba, anda bila lagi? Angkat-angkat kening.

[Sahabat itu umpama cermin diri. Jika hitam yang dilihat pada cermin, maka hitamlah diri. Jika putih yang dlihat pada cermin, maka putihlah diri. Jika baik yang dilihat pada cermin, maka baiklah diri. Penghargaan gambar di sini.]

Buat teman-teman tersayang, rindu kalian diri ini leraikan dalam doa. Moga kita semua dapat berkumpul sama-sama di syurga nanti. Ampunkan salah silap saya sepanjang perkenalan kita. Kalian tidak pernah ada khilaf dengan saya. Rasa sayu seketika. Bunyi macam mahu pergi jauh. Tunduk-tunduk tahan air mata dari jatuh. Buat teman-teman yang sentiasa berada di sisi saat sukar, juga saat ketawa riang, mahu saya bilang maaf. Maaf, diri ini tidak mampu membalas dengan nikmat harta dan duit. Hanya mampu menitipkan doa di setiap ruang waktu yang ada. Jazakumullah. Kalian sumber kekuatan untuk diri ini terus bangun dan melangkah meninggalkan titik jahiliah.

p/s : Buat sahabat-sahabat yang tidak pernah kenal erti penat berjuang kerana Islam, moga kita semua terus kuat. Jangan gusar, penat itu seakan imun bila kita mengerti bahawa bukan dunia yang dikejar.

p/s lagi : Maaf, saya sudah menyah-aktifkan laman muka buku. Boleh hubungi saya di Borang Musim bunga di sebelah kanan anda. Senyum.


2 comments:

Faaein Talip Roy said...

salam dek.. pasti ukhuwah kerana-Nya itu sangat indah kan..

kenapa dah deactivate muka buku tu? ada orang ganggu eh? hehehe.. =P

semoga hidup kamu sentiasa diberkati-Nya.. [^^,]

p/s: nak outing sama.. jomlah.. akak ajar tekan2.. senang je tu.. hehehe.. =P

nusrah said...

wsalam kak faein,
betul kak.. sangat indah! dah tua2 baru merasa..ngeh3

sengaja deactivate..tiada kena mengena dgn yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia... =P

amin, akak pun. Always pray the best for you.. :)

p/s : eh, sungguh ke??*geleng-geleng tak percaya*.. Jom akak..! excited dah ni.