Moga kalian terus dalam rahmat Allah yang luas itu.
[Oh, hujan yang menenangkan! Penghargaan gambar di sini.] |
Rahmat Allah yang luas itu masih turun mencurah. Saat entri ini ditulis, hujan masih lagi renyai di luar. Membawa rahmat yang tidak pernah putus. Andai kita tahu di setiap titisan hujan itu ada rahmat tersembunyi, mesti kita tidak mempersoalkan kenapa hujan turun. Mesti kita tidak lagi keluh-kesah saat memegang kain jemuran yang lembap-lembap kerana hari tidak panas. Mesti kita tidak bersungut-sungut saat melihat sepatu yang dipakai lencun terkena percikan lopak air akibat hujan. Malah mungkin kita melompat dengan riang gembira menadah titisan hujan itu masuk ke dalam baldi. Kesilapan ayat yang disengajakan di situ. (Sengih-sengih) Andai kita tahu pada setiap titisan hujan itu ada rahmat tersembunyi, mesti kita riang gembira melihat titisan-titisan itu jatuh membasahi bumi. Macam mana kita merasa kesejukan yang ada rapat memeluk tubuh saat hujan itu turun , seperti itu juga kita merasa kehadiran Allah itu begitu dekat dengan kita.
Program kenyah-aktifan laman muka buku yang sudah berkuat-kuasa seminggu lalu menjadikan diri sendiri terlebih rajin membelek-belek laman blog yang wujud di alam maya. Segala jenis blog ditatap sampai mata kelip-kelip tahan lebam. Bar tatal (sila baca : Scroll bar) yang menyenaraikan teman-teman di 'Yahoo! Messenger' asyik digerak-gerakkan. Kejap ke atas. Kejap lagi ke bawah. Dan Allah jualah yang menggerakkan hati dan tangan ini untuk menyapa seorang sahabat yang sudah lama tidak dihubungi. Dia jauh di seberang nusantara. Melunaskan tanggungjawabnya sebagai pelajar perubatan tahun ke-4. Masih lagi berbaki dua tahun bilangnya. Niat asal konon mahu bertanya skirt jeans labuh serta versi longgar-longgar di Indonesia terus bertukar jadi usrah atas talian. Lihat, Allah perbetulkan niat yang sia-sia. Tunduk malu-malu.
[Ayuh lakukannya. Walau perlahan-lahan tapi semestinya! Penghargaan gambar di sini] |
Bukan namanya mukmin andai jumpa dahulu putus asa sebelum masuk bertempur. Bukan juga namanya jalan dakwah jika ia tidak dihujani onak duri dan penuh berliku. Jalan ke syurga itu bukan dibentang dengan sebidang kapet merah. Malah Kekasih Hati, Rasulullah s.a.w lebih banyak menelan pedih. Sayu jika merenung kembali Sirah Junjungan Mulia satu-persatu, mesti diri ini dari dulu tidak rela membiarkan Islam terlepas dari genggam. Mungkin saya mesti memperbaharui niat sehari demi sehari. Mungkin saya harus meletakkan diri saya dalam hidup teman itu. Mungkin saya harus mengerti yang dirinya sebenarnya dahagakan kasih sayang Allah. Mungkin saya terlupa yang doa itu senjata ampuh dan saya lupa doa yang terbaik untuknya. Dan banyak lagi mungkin-mungkin yang positif. Saya wajib mentarbiyah diri saya menjadi muslim yang lebih baik. Ya lah, ironi sungguh kalau saya mahu mengajak teman itu solat berjemaah andai diri sendiri punya rutin solat pun tunggang-terbalik.
[Mulakan langkah segera. Jika tiada kesungguhan, tiada kekuatan. Penghargaan gambar di sini.] |
p/s lagi : Bakat yang diguna pada jalan Allah pasti akan menyumbangkan sesuatu untuk Ummah. Eh, tiba-tiba! Macam tiada kena-mengena dengan entri ini.
4 comments:
nice....;d
to Run Away :
Assalamualaikum, jazakillah for being here. :)
May Allah bless u.. ameen
ayat yang last tu ada je kena mengenanya.. hehehe.. =]
to kak faein :
eh? ada ea? ngeh3
p/s : oh bila la mahu keluar menembak dengan kak faein..
Post a Comment