17 September 2011

Khabar Angin Lawan Cakap Belakang

Assalamualaikum warahmatullah.
Tidak pernah lupa mendoakan kalian sentiasa dalam rahmat Allah.

Muka jam menunjukkan sekarang sudah pukul 8. Lebih sedikit, bukan tepat-tepat jam 8. Ketika entri ini ditulis, masih terngiang-ngiang di telinga saya luahan hati seorang teman. Rasa sangat-sangat terpukul dengan kata-kata akhirnya. Keterbatasan waktu menyebabkan saya dan dia jarang bertemu. Juga jarang bertegur sapa, malah kelas pun sudah tidak serupa.

Bila dia menghantar satu pesanan ringkas di peti masuk ( sila baca : inbox) Laman Mukabuku, saya tahu ada sesuatu yang tidak kena. Dan ya, apa yang dia rasa saya juga turut rasa. Memang Allah mahu menguji, sejauh mana saya dan dia benar-benar ikhlas dalam tautan ukhwah ini. Sebanyak mana iman yang saya tanamkan dalam persahabatan ini. Kami ada masalah hati. Sampaikan satu saat, kami tiada rasa mahu bertanya khabar!

Tidak pernah ada niat mahu tuding juri pada sesiapa, walau saya tahu puncanya datang dari mulut manusia. Ya, ada insan yang membawa cerita kurang enak tentang dirinya. Cerita kurang enak itu sampai ke telinga saya. Faktor keterbatasan waktu dan berlainan pengkhususan juga jadi punca. Tapi saya tahu, jauh di lubuk hati, semuanya datang dari Allah. Allah sedang menguji kami berdua. Dan tamparannya cukup hebat.

[Sahabat itu ialah orang yang berjalan bersama-sama denganmu ketika insan-insan lain  jauh berlari meninggalkanmu.]

Sahabat : Saya tahu, kita ada masalah sebenarnya.
Saya : *Buat muka tidak faham*
Sahabat : Ada sesuatu yang tidak kena dengan diri saya bukan?
Saya : Eh, bila masa pula?
Sahabat : *Sengih*. Jangan la jawab dengan persoalan semula. Awak selalu macam itu.
Saya : Ok. Saya masuk zon serius.
Sahabat : Saya rasa kita ada masalah hati.
Saya : Kenapa awak ambil ayat saya?
Sahabat : *Beliakkan mata*. Eh, jadi itu betul. Ok, mari pergi terus ke titik cerita. Apa yang tidak kena dengan saya, sampai kita susah bertegur sapa.
Saya : Entah, sukar mahu bilang sama awak. Risau awak terluka.
Sahabat : Kalau saya dengan rela hati jumpa awak sampai ke bilik begini, maknanya hati saya sedia terima dengan terbuka.
Saya : Saya dengar cerita tidak sedap pasal awak. *Saya mula buka cerita, maaf tidak boleh dikongsi di sini*.
Sahabat : Astaghfirullah. *Tangannya pegang dada, tahan sabar mungkin*. Saya tidak sangka, khabar angin ini yang mereka selalu cakap belakang saya.
Saya : Awak tahu ke tentang ini?
Sahabat : Saya dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena, semacam mereka cakap sesuatu tentang saya. Tapi,  isi penuhnya saya tidak tahu langsung. Sampai ke saat awak cerita ini, baru saya tahu.
Saya : Saya minta maaf, mungkin waktu terlalu padat. Sepatutnya saya yang jumpa awak, tanya betul-betul dekat empunya badan.
Sahabat : Saya pun mahu minta maaf. Entahlah, masalah hati ini kadang-kadang buat saya kurang selesa mahu bertegur-sapa dengan awak. Rasa janggal. Bukan macam dulu, waktu kita sama-sama asasi.

Ya. Saat saya baru menjejakkan kaki di peringkat asasi, dia antara orang yang dekat dengan saya. Pengkhususan dan minat yang berbeza di peringkat fakulti, menjadikan kami berdua lagi sukar bersua muka dan berbual panjang. Saya sendiri rasa termuhasabah. Rasa malu sendiri. Rasa mahu lempang laju-laju muka sendiri. Patutnya orang beriman bukan cakap belakang.

[Orang beriman kena jujur dan berani berdepan. Rungkai kebenaran. Tanya sendiri  punca dari empunya badan. Penghargaan gambar di sini.]


Patutnya orang beriman anggap khabar angin hanya datang sepintas lalu. Bukan ambil sebagai bahan utama cerita. Kalau sudah tahu ia khabar angin, mengapa tidak rujuk sendiri dengan sumber yang sahih (Ya, saya tahu ayat ini sangat mengada-ngada, siap ada sumber sahih segala.) Jadi orang beriman, kena ada rasa suka perkara yang benar-benar sahaja, bukan khabar angin yang datang entah dari mana.

p/s : Kita adalah apa yang kita dengar. Kita adalah apa yang kita ungkapkan. Jika kita selalu suka dengar khabar angin, tepuk dada tanya iman. Jika kita selalu cakap belakang, tepuk dada tanya iman juga.

11 comments:

mujahidah muslehah said...

ye..berterus terng adalah jalan penyelesaian yg terbaik.namun,sudah semestinya perlu dinyatakan dengan penuh hikmah. :)

Dr Ibnbakr said...

Sedang menghadapi situasi yang sama. Berjauhan terlalu lama,sehingga terlupa bertegur sapa.Bila ada sahabat lain yg mengadu tentang sahabat td,jadi serba salah untuk bertanya dan menegur.Tanpa sedar,terlupa bertanya kebenaran berita yg didengar drpd empunya badan sendiri.

Izzati Hashim said...

Khabar angin dan cakap belakang yang menyakitkan.

Just bayangkan, bagaikan hanya kita seorang berada di dalam sebuah kegelapan tanpa cahaya, itu menakutkan, itu memeritkan.

...

..

.


Prinsip saya senang, just ask dont't assume. =D

Faaein Talip Roy said...

betul tu.. berterus terang lagi baik bila ada masalah... tak elok cakap belakang-belakang.. mohonlah dijauhkan dari rasa sifat itu..

salam kenal.. (^^,)

nusrah said...

@mujahidah muslehah

assalamualaikum ukhti, jazakillah for being here. strongly agree, face to face - it will solve the problem.
Salam taaruf ! ;) ;)

nusrah said...

@Dr Ibnbakr

Assalamualaikum dik aka Doktor Wafi(eh, I'm I right?)

Jazakillah for being here, betul-betul. Situasi akak pun lebih kurang cam awak. The moral of the story, dont believe the rumors. See your friend and ask him the truth.
I'm really learn something from this.

nusrah said...

@Izzati Hashim

Assalamualaikum Dr. Izzati,
Baru sedar ada dua doktor kat sini. Nti sy sakit, boleh dapat rawatan free kan. ;) ;)
Ramainya pejuang Islam yg jadi doktor..Allahuakbar..!

Betul, jangan assume. Dah dgr rumors tu terus je p tnye kat mmber tu. Kalau asyik nak sangka2 je, habis sume mende kita nak sangka buruk kat dia.

Jazakillah for being here ;) ;)

nusrah said...

@Faaein Talip Roy

Assalamualaikum sis Faien,
jazakillah for being here. I do love ur blog. Seriously! ;) ;)

Salam kenal..! ^_^

aiEz said...

assalamualaikum nusrah...

berterus terang dan bertanyakan hal sebenarnya,dari mendatangkan sesuatu yg syak wasangka...jika tidak boleh mendatangkan pecah belah sesama kita,kerana percaya dari mulut2 yg lain dan banyak pula versinya...

nusrah said...

@aiEz

waalaikumussalam warahmatullah bro,
jazakillah for being here.

yup, strongly agree..! Cakap belakang ni bleh jadi masalah umat, jadi gunting dalam lipatan. Gitu sekali.

p/s : your blog is awesome with those pictures.

Faaein Talip Roy said...

serius.. suka singgah blog nusrah juga.. update la lagi.. hehe.. [^^,]