01 August 2011

Walimah Usia Muda, Saat Cinta Menerpa

Assalamualaikum warahmatullah..
Moga kalian sentiasa dalam rahmat Allah. Memang itu juga tujuan salam dihulur. Mendoakan kesejahteraan saudara yang lain.

Jantung masih lagi berdegup. Tarik nafas dan hembus. Terasa bayu Ramadhan menerpa. Pagi ini redup. Syahdu bila Allah masih bagi peluang untuk bernafas dalam Ramadhan. Mohon Allah bagi kekuatan dalam ibadah. Tidak mahu Ramadhan penuh dengan lelah dan keluh-kesah. Sesekali mata bagai mahu terkatup melayan kantuk. Cuba juga dibulatkan. Banyak lagi yang boleh dibuat selain membuta sampai ke senja. Sesekali tubuh lemah lembik bagai dilenyek jentolak (sila baca : bulldozer). Cuba juga digagahkan. Banyak lagi yang boleh dibuat dari mengada-ngada buat gaya lemah gemalai tanpa sebab. Sesekali perut berkeriuk lantang mengalahkan orang yang tidak makan sebulan. Cuba juga memujuk. Ramai lagi saudara-saudaraku di Palestin yang merana kebuluran. Bertahun-tahun disekat bekalan makanan .

Oh, ya! Jazakumullah atas huluran ukhuwah di entri ini [link]. Maaf, bazirkan masa kalian pula membaca luahan kalam yang macam entah apa-apa bunyi nya. Kelmarin di sapa seorang sahabat yang jauh di perantauan. Rindu waktu kami sama-sama belajar di bangku sekolah dulu. Merapatkan kembali jurang ukhuwah yang sudah renggang hampir setahun, itu satu keseronokan buat saya. Rela tahan mata dari pejam. Maklum sahaja, perbezaan garis longitud menjadikan waktu kami berbeza. Jika saya pagi, dia petang. Jika saya malam, dia siang. Mengerti hidupnya penuh dengan liku sebagai pelajar jurusan medik. Lagi pula hidup menimba ilmu bukan di tanah tumpah darah sendiri.

Fahimah : Belum tidur lagi?
Saya : Sudah tentu belum kalau masih wujud di alam maya ini. Sambil lipat kain sebenarnya.
Fahimah : Oh, habiskan dahulu lipat kain. Nanti sahaja saya sembang dengan awak.
Saya : Eh, kain yang segunung tak kan habis. Cerita lah. Dari mesej awak di Mukabuku saya merasakan ada sesuatu yang tidak terluah.
Fahimah : Segan sebenarnya. Hmmm, awak setuju kalau walimah di usia muda?
Saya : Awak tanya dekat orang salah ni. :D
Fahimah : Saya tahu awak tidak akan bagi jawapan yang tidak matang.
Saya : Pengalaman sendiri tidak ada. Begini, saya jawab ikut pengalaman seorang teman sekuliah. Boleh?
Fahimah : Dengan berlapang dada, boleh. Mungkin ada ibrah yang boleh saya ambil.
Saya : Teman sekuliah saya itu berkahwin di usia muda. Suaminya juga muda. Baru bergraduasi setahun yang lalu. Suaminya senior di fakulti kami. Teman saya datang dari keluarga yang sederhana. Banyak mehnah perlu ditempuh sebelum ke tarikh walimah.
Fahimah : Mehnah? Maksud awak?
Saya : Semasa merisik gerangan, senior itu terus minta nombor telefon walinya. Mahu jadi lelaki sebenar ( sila baca : gentleman). Walimah mahu disegerakan, tidak bisa ditangguh-tangguh. Risau terlalu banyak perkara lagha yang datang menyinggah. Maklum sahaja, syaitan itu sangat licik. Tapi, keluarga teman saya mengatakan tidak. Tidak untuk bernikah di usia muda. Lagi pula, belum habis belajar. Dan ketika itu, senior itu masih belum bekerja. Kewangan masih belum kukuh.
Fahimah : Terus, jadi nikah?
Saya : Eh, jadilah. Alhamdulillah, sudah selamat sekarang. Baru selesai 3 bulan yang lalu.
Fahimah : Macam mana boleh lepas?
Saya : SubhanaAllah, kuasa Allah. Senior itu tidak pernah putus asa buat solat hajat. Teman saya juga. Minta dilembutkan hati ayahandanya. Mula-mula ayahanda hanya beri izin nikah lepas dirinya bergraduasi tahun depan. Tapi Allah lebih tahu yang terbaik. Teman saya dan senior mendapat restu nikah selepas kami habis peperiksaan akhir semester lalu.
Fahimah : Senior itu sudah dapat sumber kewangan?
Saya : Memang Allah mahu tunjuk perancanganNya adalah yang terbaik. Suami dapat tawaran menjadi ustaz lebih kurang 1 bulan sebelum tarikh walimah.
Fahimah : MashaAllah, seronoknya.
Saya : Itulah. Eh, kenapa tanya soalan luar alam? Mahu nikah sekarang ya?
Fahimah : Rancangnya memang begitu. Tapi ayah berkeras tidak mahu. Ayah sangat tidak bersetuju. Takut-takut kalau saya nikah juga, dia tidak restu. Ummi saya tidak kisah, seolah faham apa yang tersirat di hati. Sukarnya mahu jaga diri di Tanah Orang ini. Tambah lagi proses belajar ambil masa yang lama untuk tamat. Kalau ikut betul-betul habis belajar, mahu dibuatnya saya nikah umur 30. Awak fahamkan apa yang saya cuba sampaikan?
Saya : Faham. Calon sudah ada?
Fahimah : Entah. Insan yang datang menyapa, semua bagai tidak berkenan di hati. Macam tidak dapat bimbing saya mungkin. Tapi, hal calon itu bukan satu masalah.
Saya akan isi borang BM.
Saya : Jadi tunggu apa? Kalau awak tanya pendapat saya, saya katakan setuju ikut situasi awak. Ya, setuju nikah di usia muda.
Fahimah : Memang itu yang dirancang. Mohon doanya Nusrah.
Saya : InsyaAllah, yang terbaik untuk sahabat saya seorang ini. Saya mahu jadi orang terawal yang tahu berita gembira dari awak nanti.

[Teman saya itu bukan belum ada calon. Teman saya itu bukan juga sudah dikhitbah. Tapi saya tahu, Allah sudah mengukir kicah cinta tersendiri untuknya. Moga cinta yang dalam redha Allah. Penghargaan gambar di sini.]

Sudahnya kami sama-sama gelak. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kalau ikut situasi Fahimah, memang saya kata setuju. Setuju nikah di usia muda. Dengan belajar di negara orang, jauh dari ummi ayah. Itu belum kira pembelajaran yang bertahun-tahun lagi baru tamat. Tambah dengan ujian cinta yang Allah kurnia. Mahu jaga hati, jaga diri. Mungkin kalian ada pendapat sendiri. Saya alu-alukan di sini. Teman saya itu juga mohon pendapat kalian. Mana tahu, bisa membantu. Selebihnya kita serah pada Allah.

p/s : BM itu Baitul Muslim. Satu institusi perkahwinan. Satu inisiatif yang sesetengah persatuan sediakan bagi memudahkan urusan walimah.

p/s lagi : Cinta itu bukan untuk dihapus tapi untuk diurus. Uruslah ia dengan jalan yang lurus.

5 comments:

syafa mohamed said...

menarik.....:)
sebagai ilmu tambahan walaupun belum terfikir untuk mencapai tangga BM...

Izzati Hashim said...

semua akan merasainya,
antara cepat atau tidak.

kahwin muda, kalau itu sudah ketentuanNya, siapa kita utk menolak. Kan?

Allah akan mudahkan jalannya bila tiba saat dan ketikanya.

Kadang2 perasaan nak itu dtg bila ada faktor luaran, mungkin. Contohnya mcm ada kawan2 yg sebaya asyik duk kahwin, tgk teman2 yg dah berteman juga satu faktor.

Dan diakui, berada jauh di perantauan akan ada yg teruji dgn soal ini. Muda2 ag (masih belajar) dah fikir. Mungkin sebab jauh dari family, kot? (=

dan pendapat saya, tidak salah pun, makin bagus, sekurangnya dapat menjaga kita, baik hati dan lain2.

Tapi selalunya, mak ayah agak keberatan nak bagi, atas alasan tgh study. Tapi kalau memg dah smpi waktunya, insyaAllah Allah akan mudahkan laluannya.

bak kata seoarang teman, kalau ada halangan dalam tempoh nak lakukan urusan kita (kahwin), itu tandanya yang belum tiba saatnya. (=

and this story... remind me to something. (=

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum wbt Nusrah.

setuju dgn kak izzati =)

nusrah ni boleh jadi pakar motivasi,tak kira hal ehwal mana pun hee~~ =)

nusrah said...

@syafa mohamed

Assalamualaikum syafa..Thanks for being here :)

@Izzati Hashim

Itulah zati, selalunya mak ayah berat hati mahu beri izin klu masih belajar. Pray the best for her, moga Allah beri jalan keluar yg terbaik. oppss, remind you of something??i wonder what was that ;)

@Nazihah@Jiha

Wsalam jiha,
pakar motivasi..amin. Itu satu doa dri jiha :)

Mohd Shahir Shamsudin said...

kalau saya, saya setuju saja ;)