26 July 2011

Ramadhan Karim : Di Mana Iman Kita?


Assalamualaikum warahmatullah..
Moga kalian terus dan terus dalam rahmat Allah.

Alhamdulillah dan alhamdulillah. Terima kasih Allah. Saya sayang Allah. Serasa mahu meletakkan abjad 'a' berpuluh-puluh kali ganda pada perkataan sayang itu. Jadi bila dibaca, ia menggambarkan betapa dalamnya rasa sayang itu. Bagai tidak dapat diluah dengan kata-kata. Semalam belajar sesuatu. Belajar dari seorang teman yang hanya baru dikenali di laman Tumblr. Betapa ujian cinta dunia itu berat. Sangat berat. Nantilah, saya akan kisahkan pada entri akan datang. Ingatkan saya tentang ini. Moga kisah cinta dunia itu menjadi titik muhasabah dalam diri.

Saya mahu kongsikan sesuatu dengan kalian. Ya, sudah tentu dengan anda yang tidak pernah jemu membaca laman ini. Juga sedikit perkongsian pada teman-teman yang lain. Tarik nafas dan hembus. Bagai tercari-cari oksigen. SubhanaAllah, betapa sayang nya Allah pada diri ini. Juga pada kalian. Saya tidak pernah berdoa moga Allah bagi oksigen secukupnya, tapi Allah tidak pernah putus bekalkan saya oksigen. Oksigen yang betul-betul cukup untuk keperluan diri. Apa yang Allah bagi pada saya kini, dulu dan selamanya adalah lebih dari cukup. Terbukti.

[Gambar ini yang menghiasi muka depan (sila baca : desktop) di komputer riba saya. Lagi menambahkan kehangatan Ramadhan. Penghargaan gambar di sini.]

Sengaja bermuqaddimah nikmat oksigen kerana saya mahu membuat bebelan panjang tentang nikmat Ramadhan. Sengih nampak gigi. Bahang ramadhan makin terasa. Sana-sini putar isu Ramadhan. Alhamdulillah dan alhamdulillah. Masih lagi ada peluang merasa Ramadhan. Sudah hidup 22 tahun, baru kini saya hadam erti persiapan Ramadhan. Syukran murabbi. Banyak yang murabbi kongsi. Banyak perkara saya belajar dalam halaqah kecil itu. Baru saya jumpa hikmah mengapa Allah gerakkan hati saya untuk beli dua novel ini - Contengan Jalanan dan Sinergi. Allah mahu tarbiyah saya melalui kedua-duanya. Bila kedua-duanya mengajar erti Ramadhan dan nikmat iman, hati seakan-akan mengerti. Allah mahu saya cari semula erti hidup dalam Ramadhan kali ini. Betapa Ramadhan itu menjadi bekal untuk manusia.

Sudah sediakan senarai semak ( sila baca : checklist) khas untuk Ramadhan? Ya, senarai semak seperti ini [link], ini [link] dan juga ini [link]. Buatlah senarai semak. Moga ia menjadi panduan buat diri kita. Sekurang-kurangnya kita tahu beza Ramadhan kali ini dengan yang lalu. Setidak-tidaknya Ramadhan kali ini bukan sia-sia lagi. Boleh jadikan pautan yang saya sertakan tadi sebagai panduan. Silakan. Silakan. Moga ada manfaatnya. Tampal senarai semak itu. Jika ia menepati piawaian, sila ambil pen dan tandakan. Biar insan lain seakan-akan geli hati dan mahu tertawa melihat kita seperti anak kecil yang seronok membuat contengan pada kertas A4. Ini contengan buat diri kita. Contengan Ramadhan yang mungkin mengubah masa depan. Contengan yang menjadi bekal dan panduan. Contengan jalanan mencari Tuhan.

p/s : Mengharapkan Ramadhan ini menjadi titik tolak ke arah yang lebih baik. Saya asyik menghitung hari berkali-kali. Serius, tidak sabar. Rindu pada Ramadhan (Oh, ini bukan nama orang tapi nama bulan Islam). Ramadhan kali ini di rumah. Moga saya peroleh banyak ibrah. Moga sentiasa beroleh maghfirah.

p/s lagi : Ramadhan semakin menghampiri. Sejauh mana persiapan anda kali ini?

4 comments:

Ulfa Hisham. said...

assalamualaikum sis. :)

baru baca contengan jalanan jugak. alhamdulillah, sangat terkesan kat hati rasanya.

mudah mudahan kita sama sama dapat manfaatkan Ramadhan tahun ni sebaik baik nya. :)

jannsheffie said...

tak sabar nak tunggu tibanya Ramadhan :)

nusrah said...

@qinairaulfa.

wsalam my dear ulfa ;)
Hope you are in good condition. Lama tak dgr cite ulfa.

Aah, cite tu sangat terkesan. Menyebabkan saya nak share perkara mahmudah dengan setiap insan yang sy kenal. Baru faham quote "erti hidup pada memberi."

Thanks a lot for being here. Ya, moga kita dapat manfaatkan Ramadhan ini sebaiknya. Amin.

nusrah said...

@jann sinuja

Assalamualaikum my dear jann,
Thanks 4 being here. Hope you can have the best Ramadhan also. A Ramadhan that full of Rahmah. Yes, me too. Can't wait.