20 July 2011

Edisi Sayang Mulut : Tukarlah rungutanmu dengan istighfar.



Assalamualaikum warahmatullah...
Moga kalian sentiasa dalam rahmat Allah

Kipas ligat berputar. Burung tidak henti lagi berkicau. Sesekali bunyi kereta yang lalu lalang turut sama menyumbangkan irama pagi ini. Alhamdulillah, keputusan semester pendek membantu menaikkan gred pemarkahan saya yang sedia ada. Itu sudah lebih dari cukup walau bukan A natijahnya. Syukur, syukur dan syukur. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Saya sayang Allah. Hari-hari saya ulang ayat ini. Mahu jiwang dengan Allah setiap masa. Senyum.

[Sentuh hati mu. Rasalah kehadiran Allah pada setiap degupan jantungmu. Penghargaan gambar di sini.]

Hari-hari yang dilalui semakin bermakna. Selama hidup hampir 22 tahun di muka bumi Allah ini, baru sekarang saya merasa Allah itu dekat. Allah sentiasa ada mendengar isi hati saya. Allah sentiasa ada ketika saya tidur. Allah sentiasa ada ketika saya menjamah nasi. Allah sentiasa ada. Di mana-mana. Bila murabbi saya bilang yang kita selalu kena bermonolog dengan Allah untuk merasa Allah itu dekat, baru saya tahu yang saya jauh dengan Allah selama ini.

Bila saya susah, saya hanya pandai mengeluh. Saya terlupa yang kesusahan itu datang dari Allah. Jadi, pada Allah jua lah saya perlu minta jalan penyelesaian. Bila saya senang, saya terkadang lupa. Lupa yang kesenangan itu juga datang dari Allah. Jadi, pada Allah jua lah saya melafazkan syukur. Pinta dengan Allah, dengan nikmat kesenangan itu, jangan sampai saya jadi kufur. Bila saya sakit, saya hanya pandai merintih. Sakit, sakit dan sakit! Saya terlupa Allah berkuasa menurunkan kesakitan itu. Lalu, pada Allah jua lah saya pohon untuk sembuh. Moga dengan kesakitan itu, menjadi kifarah dosa.

[Kasih sayang Allah itu kekal selamanya. Penghargaan gambar di sini]

Semalam, sedang asyik leka menampal dan menampal alamat di atas sampul, baru saya sedar saya syok sendiri. Sampul surat yang diguna rupanya tersalah ambil! Dan saya sudah melakukan kesilapan pada hampir 40 sampul surat. Mata yang dirasakan lelah menahan kantuk terus membulat. Mahu riuh satu rumah mendengar mulut saya yang tidak keruan. Tahan geram. Geram dengan diri sendiri yang cuai. Bila melihat kembali sampul-sampul yang menjadi mangsa kecuaian saya, segera istighfar. Rupanya saya tidak sayang mulut. Hanya pandai merungut dan merungut.

Duhai mulutku sayang, janji dengan saya tiada lagi rungutan selepas ini. Janji ya? Angguk. Anda juga bisa mengubahnya. Tukarlah rungutan anda dengan istighfar. Bermonologlah dengan Allah pada setiap masa. Tidak kira apa jua yang sedang anda lakukan. Jika ketika itu anda seperti ingin melakukan kejahatan, sudah pasti niat jahat itu mampu terhapus. Jika ketika itu anda ingin melakukan kebaikan, sudah pasti kita merasa Allah terus memandu kita ke jalan yang lurus.

p/s : Akan pulang ke kampung halaman pada hujung minggu ini. Doakan perjalanan selamat ya. Oh, perasan macam rumah terlalu jauh di ceruk Tanah Malaya. Walhal cuma sekangkang kuman. Maklum sahaja, sudah lebih sebulan tidak pulang ke rumah, hati jadi tidak keruan. Gejala sakit rumah ( sila baca : homesick) melanda!

6 comments:

missteeha the babling girl said...

nice . salamukhuwah ~ :)

nusrah said...

@missteeha the babling girl

assalamualaikum my dear sister,
hmm..what should i call u?? :)

thanks for being here. May Allah bless u. Salam ukhwah & salam perkenalan.. ;)

Wan Pai said...

Andai setiap rungutan dijadikan istighfar, memang banyaklah keampunan yang kita pinta sebenarnya..Terima kasih atas peringatan.. :)

Nazihah@Jiha said...

salam alaik Nusrah.

berjaya!membuatkan sy mengalirkan air mata dipagi jumaat yg penuh barakah ni.

meneliti tiap bait kata nusrah tntg diri...terkena juga pada batang hidung sendiri.

cinta sangat2 pada Allah!!..maaf,terluah disini :')

terima kasih,oh ya..saya doakan semoga Allah permudahkan dan memberkati perjalanan Tiya nanti ke kampung halaman. =)ameen ya rabbal a'lamin.

nusrah said...

@Nazihah@Jiha

Assalamualaikum my dear jiha,
alahamdulillah dah selamat sampai di rumah. Tidak mengapa, bukan jadi satu kesalahan klu jiha mahu luah di sini :)

Oh, Tiya???? errrrrr

Saya lagi suka jiha panggil saya nusrah di sini. :) :)

aseef, silap saya tidak betul2 bertaaruf dgn jiha.Maybe kita bleh bertaaruf lebih detail di fb atau email. Here it goes my fb link if u dont mind to add me as a friend
(http://www.facebook.com/profile.php?id=100000035785591)

syukran for being here :) :)

nusrah said...

@Wan Pai

Syukran and jazakillah for being here.
You too have a great blog bro. There are so many things that I can learn from your blog. May Allah always bless u :)