13 July 2011

Edisi Sayang Sahabat : Susahnya Berlapang Dada!


Assalamualaikum warahmatullah..
Moga kalian terus dan terus dalam rahmat Allah.

Lap sawang di kiri dan kanan. Hembus debu di atas dan bawah. Membersihkan laman sendiri yang sudah lama tidak dikemaskini. Bukan tiada masa, masa itu masih ada. Masa itu masih pegun 24 jam sehari. Cuma ada perkara yang perlu didahulukan. Tanah basah di luar. Allah menurunkan rahmat dalam hujan. Semalam titisan air ini mencurah-curah di kala satu per tiga malam terakhir. Mustajabnya berdoa di waktu itu. Hari ini, titisan air itu melimpah-ruah di kala mentari mula menunjukkan sinar. Oh, asyiknya lena di waktu ini! Sengih.

Entri ini adalah rentetan daripada soalan tanpa nama (sila baca : anonymous) di laman borang musim bunga (sila baca : formspring) saya. Ya, saya akui. Berlapang dada dan berbaik sangka dengan sahabat itu tersangatlah (tatabahasa salah di sini) sukar. Cakap memang senang. Hendak buat, sampai air mata darah boleh berlinang. Jadi, saya sekadar berkongsi sahaja di sini. Mahu ikut silakan. Mana tahu ia menjadi. Mahu sekadar baca tanpa amalkan pun silakan.Bukankah semua orang ada cara mereka tersendiri?

1. Istighfar dan ingat Allah

Mudah bukan beristighfar ini? Tidak memerlukan tenaga seperti mengangkat 10 tan anak gajah. Istighfar dalam hati pun sudah cukup. Mahu berapa banyak dan berapa lama? Itu terpulang pada sebanyak mana anda boleh meredakan rasa tidak elok dalam hati anda itu. Bila sudah reda rasa sesak itu, anda akan rasa satu perasaan yang lapang lepas beristighfar. Beristighfar itu tanda kita ingat pada Allah juga bukan. Semua perkara datang daripada Allah. Semua perkara yang Allah beri, mesti ada hikmah. Rasa sesak itu Allah turunkan untuk lihat sebanyak mana kita mampu bersabar. Sejauh mana kita mampu berbaik sangka dengan sahabat kita.
Sejauh mana juga kita mampu berbaik sangka dengan Allah. Ingat, semua ini datang dari Allah dan kita pohon pada Allah juga untuk pinjamkan ketenangan.


[Walau apa jua beban yang tertanggung dalam jiwa anda, percaya pada Allah dan lepaskan ia pergi. Penghargaan gambar di sini.]


2. Sila abaikan syaitan di sekeliling anda.

Oh, waktu emosi semua benda kita tolak ke tepi. Emosi jadi bara api. Api amarah dan dendam. Syaitan sentiasa mahu mengapi-apikan anda. Jika anda berjaya buruk sangka dengan sahabat anda dan sampai tahap terputus ukhwah, maka bertepuk tanganlah syaitan di sisi. Ingat, ini sebenarnya bukan perang antara kita dan sahabat, tetapi perang antara kita dengan syaitan dan bisikan jahat. Sejauh mana kita dapat menghindari bisikan jahat dan hasutan syaitan itu. Saya pernah mengeluarkan entri pasal bisikan jahat itu di sini [link]. Makin banyak anda dapat lawan syaitan itu, makin cerah peluang anda untuk menang dalam pertempuran ini. Akhir sekali syaitan akan mengeluarkan bendera putih, tanda menyerah kalah. Senyum.

3. Ingat perkara yang positif.

Kadang-kadang kerana kesalahan yang kecil, kita terus terputus ukhwah. Habis semua keburukan sahabat kita gali. Kita terlupa yang sahabat ini pernah meminjamkan bahunya ketika kita menangis dahulu. Kita terlupa yang sahabat ini pernah lapar bersama-sama dengan kita dahulu. Di dalam memandang 1 keburukan pada seorang sahabat, kita tidak akan nampak 10 kebaikan dalam dirinya. Mengapa mahu membenci dirinya kerana 1 keburukan sedangkan dalam diri sahabat itu masih lagi berbaki 10 kebaikan. Saya tahu ayat ini agak pening sedikit. Sila baca berulang-ulang sampai penat, mesti faham nanti. Sahabat juga manusia biasa seperti mana kita. Manusia itu memang sentiasa tidak lepas dari melakukan dosa. Ingat perkara yang positif sahaja ok? Ingat perkara yang indah sahaja.

4. Beri ruang untuk diri sendiri dan sahabat.

Ruang yang ada, kita guna untuk muhasabah diri kita kembali. Mana tahu, Allah mahu tambah keimanan kita dengan cara sebegini. Siapa tahu, mungkin ada kebaikan yang menyusul selepas kita berselisih faham dengan sahabat itu. Saya selalu menjauhkan diri seketika dari sahabat saya bila berlaku perkara sebegini. Bukan untuk memutuskan ukhwah. Tidak sama sekali. Ia satu cara untuk saya beri nafas pada diri saya sendiri. Ia satu cara untuk saya muhasabah diri saya semula. Ia satu cara untuk saya fikir di mana silap saya. Ia satu cara untuk saya melakukan 3 perkara di atas. Istighfar, abaikan syaitan dan positif. Bagi saya, lagi lama saya berhadapan dengan insan itu, lagi banyak syaitan mengapi-apikan saya.


[Berukhuwah kerana Allah. Anda akan merasa yang ukhwah itu indah. Penghargaan gambar di sini]


p/s : Cakap memang senang. Mahu buat sampai air mata darah bisa berlinang. Tapi, belum cuba belum tahu kan?


15 comments:

Nazihah@Jiha said...

salam alaik Nusrah.

serius.air mata tengah mengalir saat ini.terima kasih Nusrah.

nusrah said...

@Nazihah@Jiha

Wsalam my dear sahabat,
uhhukk.. miss you :(

TRIPLE S ♥ said...

saya setuju sangat !

nusrah said...

@TRIPLE S ♥

Assalamualaikum my dear,
hmm..what should i call you?? shahirah maybe.. :)

Thanks for being here. May Allah bless u.. ^^

Love Fillah

Izzati Hashim said...

Salam alaik.
(=

cantik tajuk. Edisi sayang sahabat. Menarik. (=

Berlapang dada, tak susah sebenarnya. Tapi seperti yg diperkatakan, cakap memang senang. Nak buat, itu yg menuntut pelbagai jenis emosi. ('=

Mungkin kena ingatkan diri, apa yg berlaku, Allah yang tentukan. Tentu ada sebab mengapa Allah uji. Kadang2, karma mungkin?

Dan apa yang Tiya tuliskan, betul la tu. Cara2 yg terbaik utk ada rasa berlapang dada tu.

Yg paling penting, hadapi. Bila dah mampu nak hadapi, nak bersemuka itu tandanya hati sudah redha menerima. (=

p/s : nak jumpa Tiya! ngee

Nazihah@Jiha said...

Salam alaik..

bila lihat komentar kak Izzati ada satu nama sy lihat 'Tiya' hehe ehem..ehem..adakah itu empunya blog ^__-

alhamdulillah,nusrah sy dpt kat UMS(pendidikn sains sosial) =)

terima kasih nusrah! =)

nusrah said...

@Izzati Hashim

wsalam warahmatullah zati.

Nak jmpe ye??nti sy poskan diri dan hati sy ke kelantan..hikhik ;) ;)

Thanks for being here my dear sahabat. May Allah ease u :)

nusrah said...

@Nazihah@Jiha

wsalam jiha,
Alhamdulillah, so we have a teacher to be here.

Thanks for being here. I'm really appreciate all of ur kind words. May Allah ease u :) :)

Love and miss u fillah.

Izzati Hashim said...

Akhirnya, dengar juga perkataan poskan diri. Bukan hati je ey =P

@Nazihah : hehehe. tatau2. tanya pemilik sesawang ni. lalala =P



p/s : background music ni berjaya buat air mata ni mengalir. :(
(doakan saya kuat)

nusrah said...

@Izzati Hashim

zati, ni lagu winter sonata. Memang sedih pun.uhhhuukk

"Ya Allah, pinjamkanlah kekuatanMu untuk kami semua. Moga kami semua sentiasa istiqamah dalam jalan ini. Moga Izzati Hashim terus kuat. Moga dia tidak pernah lelah dalam jalan ini ya Allah. Amin."

Izzati Hashim said...

Amin ya Rabbal alamin, insyaAllah. Thanks dear ('=

..بنت يوسف.. said...

salam alaik..
jalan-jalan jejak laman..
baca post2 lama saudari..
subahanallah.. indah bahasa yang ditari..
mmg benar..mengungkapkan berlapang dada dan sangka baik mudah..
namun nak tepis segala bisikan syaitan supaya kita kekal bersangka baik itu perlukan mujahadah yang benar-benar supaya tidak kalah tidak gugah..
terima kasih atas perkongsian..
salam ta'aruf..salam ukhwah..

nusrah said...

Assalamualaikum warahmatullah. :)

What should I call u ukhti? Jazakillah for being here. betul, berlapang dada tu teramatlah mencabar keimanan.. :')

Salam ukhwah dan salam taaruf juga.! Moga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah ^^

..بنت يوسف.. said...

Wa'alaikumussalam warahmatullah..

just call me k.nurul..ur age 23 rite?

yer...sgt mencabar keimanan.. hny sabar je menjadi benteng pertahanan. jika tidak, hancur dan punahlah segala ukhwah dan hubungan yg selama ini dipertahankan..

semoga persahabatan membawa ke syurga..

^_^

nusrah said...

khair.. moga ukhwah ini sampai syurga, biiznillah.

Nice knowing u kak nurul.. ^^