22 June 2011

Berbaik sangkalah dengan Allah, anda akan rasa dunia ini indah.


Assalamualaikum warahmatullah..
Tidak pernah lupa menitipkan doa kesejahteraan buat kalian. Moga Allah sentiasa pelihara iman.

Ketika entri ini ditulis saya baru sahaja pulang dari makmal komputer. Waktu makmal kali ini dirasakan cukup singkat. Tidak sempat dengan soalan terakhir, kurang lima minit lagi pukul empat. Tepat. Seakan waktu yang ada, tidak cukup untuk melunaskan semua kerja. Semester pendek kali ini cuba diisi sebaik mungkin. Tidak mahu lagi buang duit bagi mengulang subjek. Bila ada subjek yang sangkut, serasa bagai sudah berjaya merobek-robek hati ummi. Sungguh. Perit bila melihat keputusan semester yang lalu kurang memuaskan. Ummi tetap tenang dan bersahaja. Tidak mengapa sahaja bilangnya.

Saya : Ummi sudah tengok keputusan Nusrah?
Ummi : Sudah. Hari Sabtu sampai di rumah.
Saya : Teruk ummi. Jatuh. Ada satu subjek sangkut lagi.
Ummi : Ummi tahu. Ini subjek yang Nusrah beritahu susah bukan hari itu?
Saya : Nusrah sudah buat yang terbaik. Minta maaf ummi.
Ummi : Janganlah 'hujan' dekat sini. Habis basah telefon genggam (sila baca : handphone) ummi nanti. (Ketawa)
Saya : Tidak sempat mahu 'hujan'. Ummi buat loyar buruk dahulu. Kena mengulang (sila baca : repeat) subjek ini lagi. Buang duit ummi sahaja.
Ummi : Rezeki kan boleh dicari. Ada rezeki, ada lah duitnya nanti.

Jujur. Bagai ada batu besar menghempap kepala. Sudah kecewakan ummi lagi. Ummi pula terus positif dan positif. Berdoa untuk anak-anaknya tanpa pernah jemu. Ada hikmahnya dan saya sudah redha. Jika kita merasa Allah mengambil sesuatu daripada kita, sebenarnya Allah mahu mengurniakan sesuatu yang lebih baik daripada itu. Jadi berbaik sangkalah dengan Allah. Ya, saya juga akan terus positif dan positif. Sama macam ummi.

[Penghargaan gambar di sini]

p/s : berbaik sangkalah pada Allah, anda akan rasa dunia itu cukup indah.

4 comments:

helang timur said...

Perfect!
Dan kita kuat hanya bergantung berharap sepenuh pada Dia. Insha Allah percaya dan yakin satu -----> Allah mahu berikan yang terbaik! :)

Semoga berjaya hingga akhirnya~

nusrah said...

@Najihah Faizah

Assalamualaikum jiha.
tanx 4 d dua. really appreciate that.
May Allah give the best to you too ;) ;)

Love fillah

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum :)

1st, nak ucapkan tahniah untuk 'result' Nusrah :)

Positif,Ya rabb..'kuat' ummi Nusrah :)

anak perempuannya pun sama kn? :')

May Allah give the best to you,inshaAllah :)

nusrah said...

@Nazihah@Jiha

wsalam jiha. Lihat, ada dua jiha di sini. Both of them are good friends. May Allah bless both of you. :)

Thanx ziha atas doanya. Moga Allah permudahkan semua urusan awak. Moga Allah bagi kekuatan tika awak rasa lemah.

Love Fillah :)