12 June 2011

Allah itu Maha Kaya, Dia jadikan manusia itu berbeza-beza



Assalamualaikum warahmatullah.
Semoga sesiapa sahaja yang berada di laman ini sentiasa dalam rahmat Allah.

Perut di rasakan senak sejak pagi lagi. Seharian saya lebih banyak diam daripada bercakap. Sesekali tersenyum. Risau teman-teman serumah rasa kurang selesa dengan perubahan yang tiba-tiba. Maaf jika saya menyusahkan. Sakit datang tanpa dipinta. Memang seakan mahu meronta, tapi hanya terluah dalam hati. Awak insan yang terpilih, bicara seorang teman. Terus kata-kata itu melenyapkan rasa gundah. Baru sakit sedikit, sudah rasa terlalu perit. Terima kasih mengingatkan teman, saya mengerti maksud sakit yang cuma sekelumit ini. Terima kasih Allah, sakit yang mungkin kifarah dosa. Berbaik sangka lah pada Allah.


(Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia itu bersifat lemah. - anNisa', ayat 28. Sungguh setiap ujian sesuai dengan kemampuan manusia itu. Penghargaan gambar di sini.)

Teringat peristiwa semalam bila saya sendiri yang memulakan bicara. Teman serumah terlebih dahulu menghulurkan keropok sayur. Masih panas lagi. Baru angkat dari kuali bilangnya. Tangan dengan cepat mencapai bekas kuning bujur itu. Pantas dan efisien dalam bab makanan. Ketawa.

Saya : Rajinnya menggoreng.
Teman : Sengaja. Mulut gatal mahu mengunyah.
Saya : Awak tahu, saya ada satu kebiasaan (sila baca : habit) pelik kalau makan benda-benda yang rangup ni.
Teman : Huh? Apa dia?
(Teman itu seakan terkejut. Lagak saya mahu membuat pengakuan berani mati).
Saya : Saya suka makan bahagian yang terlebih garing. Maksud saya, bahagian hangit.
(Risau teman salah faham dan kecil hati kalau saya terus bilang hangit. Sengih.)
Teman : Kena pula dengan keropok-keropok sayur yang terlebih 'keemasan' ni.
(Kami ketawa serentak)
Saya : Eh, jangan salah faham teman. Kan saya sudah bilang, ini habit saya yang pelik. Bahagian yang sudah pecah-pecah pun saya suka kutip dahulu.
(Sekali lagi sengih. Kali ini tanpa henti pula. Saya tahu, saya akan ditertawakan teman ini.)
Teman : Huh? Ok. Saya serius mahu gelak.
(Ketawa kami meletus lagi. Gamat satu isi rumah.)
Teman Lagi Satu : Tidak mengapa saling melengkapi.
(Teman ini sejak dari tadi hanya tersenyum-senyum memerhatikan kami. Tangannya sudah mula mencapai bekas kuning itu.)
Teman : Untunglah bakal suami. Awak ambil yang hitam legam, encik suami ambil yang putih melepak.
Teman Lagi Satu : Tidak perlu serabut nak berebut-rebut nanti.
Saya : Tak payah mahu galak kenakan saya.


(Lihat. Ada yang 'berambut jingga dan berbadan hijau'. Ada yang 'berambut kuning dan berbadan ungu'. Ada yang 'berambut biru dan berbadan merah'. Semuanya berbeza. Penghargaan gambar di sini.)

Haila. Sebenarnya lagi banyak mereka berdua mengenakan saya. Saya malas mahu berceloteh panjang. Tidak ada faedah pula mahu letak ayat-ayat picisan lain dalam entri ini. Memang banyak hikmah Allah jadikan manusia berbeza-beza. Kalau semua mempunyai wajah yang sama, nanti jemu pula mahu menghadap lama-lama. Baik pandang wajah sendiri di cermin bukan? Serupa sahaja. Ketawa. Kalau semua ada perangai yang sama, tidak lah Allah ciptakan dosa dan pahala. Tidak lah Allah ciptakan syurga dan neraka. Eh, faham kah maksud ayat berbelit saya tadi?

Maksud saya begini, jika semua mempunyai perangai yang sama-sama baik, jadi hanya perlu ada pahala bukan? Sebab, buat baik dapat pahala. Jika pahala berganda-ganda, syurga jawabnya. Jadi tidak perlu ada neraka. Sungguh semua itu berhikmah. Saya tidak bercadang mahu ulas panjang, selebihnya kembali kepada persoalan aqidah tentang syurga neraka ini. Memang semuanya berhikmah. Sungguh Allah itu Maha Kaya, Dia jadikan setiap manusia itu berbeza-beza. Kalau semua soleh solehah, tidak perlu juga ada pendakwah. Iman itu pun fitrahnya menaik dan menurun. Kadang-kadang ibadah kita tekun. Kadang-kadang ibadah kita lalai. Itu pun sudah cukup membuktikan manusia itu berbeza-beza. Sebab itu ada daie'. Saling mengingati. Jika tidak hati kita mati.


(Iman ibarat perjalanan dengan kapal terbang. Lagi tinggi kita naik, lagi kecil setiap perkara di dunia yang kita lihat. Lagi kuat iman, lagi kecil dunia di tangan. Penghargaan gambar di sini.)

p/s : Ada menyertai Pertandingan Esei sempena Minggu Pengguna. Doakan yang terbaik untuk saya.

p/s lagi : Ada kuiz dalam kelas esok (Isnin). Doakan yang terbaik juga untuk saya. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. Semoga Allah terus merahmati kita semua.

4 comments:

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum,Nusrah apa kbr? :) moga sihat :)

Dialog bersama teman tu,ada unsur lucu dan pelik sedikit hehe

apa2 pun sifat dan cara manusia mmg lain2,tp rasanya ada yg sama juga kan? hehe

moga Nusrah dpt yg terbaik utk pertandingan esei tu :)

nusrah said...

@Nazihah@Jiha

salam ziha,
Alhamdulillah sihat sangat :)
heeee..camtu lah selalunya.haila.asyik gelak je ngan kawan2 rumah nih.

syukran jiha atas doanya.Moga Allah permudahkan urusan jiha :)

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum Nusrah :)

ehe,sy tak ada tumblr..hihi
nak tau knp byk gmbr dr tumblr hihi *seram skit ni* cehhh

sy dpt dr Nusrah r!..hihi :) 1st time tgok gmbr2 dr tumblr yg Nusrah guna utk entri, dah tertarik sgt..

Thanks kat Nusrah sbb tinggalkn link gmbr tu sekali kat entri,so tanpa membuangkn masa sy pun buka r..hehe..:)

nusrah said...

@Nazihah@Jiha

salam jiha,

oh, dapat dr sy ke??
heee..xpe, sharing is caring ;) ;)