07 June 2011

Bila menulis dari hati, yang membaca juga dari hati.



Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..
Moga kalian sentiasa dalam rahmat Allah.

Entri ini ditulis sementara menunggu waktu solat zohor. Ketika ini saya seorang diri di rumah. Teman-teman yang lain sedang melunaskan urusan lain di luar. Sakit mata ikan (sila baca : ulser) di gusi sudah makin sembuh. Tidak perasan kewujudannya sehingga gusi tiba-tiba rasa pedih ketika menghirup sup panas waktu cuti beberapa minggu yang lalu. Mungkin kurang minum air. Cuaca panas terik berpanjangan juga mungkin jadi punca. Kifarah dosa agaknya. Terlalu banyak bercakap perkara kurang berfaedah. Jadi bila sakit begini, saya jadi lelah. Mahu buka mulut rasa sakit. Kalau tidak, lagi galak mengenakan teman-teman serumah. Mulut bagai mesin memproses beras, 24 jam tanpa henti. Sedangkan mesin proses beras pun ada waktu rehat. Sengih.



(Demi masa. Setiap masa yang kita guna, akan dipersoal di perbicaraan akhirat kelak. Guna dengan sewajarnya. Penghargaan gambar di sini.)

Memang sakit di mulut, tapi kudrat di tangan masih wujud. Masa yang lapang dibayar dengan menaip di laman ini. Hanya berkongsi sedikit rencah hidup. Moga ada manfaat pada setiap perkongsian. Pernah disapa seorang teman baik, rajinnya saya mengemas kini laman sendiri. Saya hanya tersenyum. Bukan kerana rajin teman, tapi memikirkan al-Mizan di akhirat nanti. Mungkin dengan sedikit perkongsian ini, menjadi saham untuk ke syurga kelak. Semuanya kerana cinta. Kalau cinta kerana Allah ini tiada, mungkin laman ini pun anda tidak akan jumpa. Bakat yang Allah bagi pinjam ini, mengapa mahu dipersia. Di akhirat nanti juga akan ditanya.

(Semoga Allah memberi kejayaan kepada kita di dunia dan di akhirat. Penghargaan gambar di sini.)

Bila seorang adik junior bertanya bagaimana laman ini boleh ada ratusan pengikut. Sebenarnya ia tidak seramai mana pun. Jumlah pengikut itu hanya mainan angka. Bukan boleh di bawa waktu bersua-muka dengan Allah nanti. Tika itu, saya sendiri tidak pasti mengapa. Maaf adik, kakak ini hanya mengangguk dan senyum sedikit tatkala soalan diajukan. Ini jawapan yang sebenarnya. Bila kita menulis dari hati, yang membaca juga dari hati. Jika mereka rasa selesa dan suka, mungkin mereka akan tekan butang pengikut. Tidak tekan butang pengikut pun tidak mengapa sebenarnya. Saya tahu ada pembaca yang bertindak sebagai pembaca senyap-senyap (sila baca : silent reader) sahaja. Saya tidak kisah. Moga ada manfaat untuk agama Allah.


(Kadang-kadang kita tidak sedar di mana silap kita. Dengan komen kalian di laman ini mungkin saya lebih kenal di mana kekurangan saya. Penghargaan gambar di sini.)

Kepada yang menjadi pengikut di laman yang penuh kekurangan ini, Allah sahaja yang mampu membalas budi baik kalian. Juga kepada rakan-rakan yang rajin memberi komen di kotak kecil di bawah. Terima kasih. Ada rezeki, kita jumpa di syurga nanti. Saya seronok mengenali kalian di sini. Rasa diri lebih dekat dengan Allah, bila dikelilingi oleh orang yang sentiasa rajin memberi peringatan. Saya bukan lah orang yang keluar sahaja dari perut ummi, terus kenal erti cinta Allah. Saya juga banyak terjatuh, dan bangkit semula walau kadang-kala perlu bertatih dahulu. Bertatih sebelum berjalan laju. Moga dengan dunia blog ini, saya dapat memperbaiki diri saya.

(Jangan pernah putus harap jika anda banyak kali terjatuh. Setiap kegagalan itu bukan penamat. Ia permulaan kepada kisah hidup baru. Penghargaan gambar di sini.)

Maaf, kadang-kadang saya tidak menjadi pengikut di laman anda. Saya tahu, mungkin dengan alasan ini, anda akan berkecil hati. Maafkan saya sekali lagi. Saya hanya menjadi pengikut pada laman yang saya rasakan mampu memberi peringatan tentang kebaikan kepada diri saya. Saya penuh dengan kekurangan. Jadi mungkin dengan cara ini, saya sentiasa dipandu. Ada juga laman yang saya ikut merupakan laman yang boleh memberi pengetahuan tambahan kepada saya. Maklum sahaja, duduk hanya pandai di lantai. Lantai rumah. Suka terperuk dalam rumah maksud saya. Jarang membeli surat khabar. Bukan apa, kadang-kadang berita di surat khabar pun seperti samar-samar.

p/s : entri ini ditulis buat mereka yang mungkin tertanya-tanya mengapa saya terlibat dalam dunia blog ini. Eh, adakah yang pernah bertanya? Senyum.

p/s lagi : Mungkin ada sambungan nanti, tengoklah jika umur saya panjang. InsyaAllah.

14 comments:

Najihah.Faizah.Azaman said...

salam wbt

Terpanggil nak komen kat sini. Hehe. Saya pun selalu juga tertanya pada diri, kenapa saya buat blog. Bila orang yang menjadi inspirasi kian jauh, saya mula rasa jatuh dan lelah. Tapi, sebenarnya dalam tempoh yang menyakitkan itu, saya kenal diri saya. Dan baru saya tahu, harus letakkan apa2 saja hanya kerana Allah.

Juga, kadang-kadang segan juga nak beremosi dengan blog, sebab ratusan. Tak, ratusan banyak sangat, puluhan mungkin atau belasan yang membaca blog saya, dan secara tak langsung, sebenarnya saya sedang memuhasabah diri sendiri disamping mengingatkan orang lain tentang makna disebalik kehidupan.

Insha Allah, ala kulli hal niat segalanya kerana-Nya.

(Btw, saya pernah bercita-cita nak delete blog sebab kecewa. Hahaha. Mujur Allah ingatkan saya yang saya menulis kerana-Nya, dan tentunya tulisan saya akan dibaca dan insha Allah dimanfaatkan hingga akhirnya walaupun saya telah pergi menemui-Nya)


Er. Perkongsian yang panjang. Hehe. Salam ziarah! xD

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..:)

Teruskan berkarya Nusrah :) semakin menarik dan menusuk kalbu entri kamu :)

sama2 kita dan para blogger seagama yg lain melakukannya kerana Allah SWT :)

nusrah said...

@Najihah.Faizah.Azaman

salam Najihah, what should i call u? Najihah or Faizah? :)

terima kasih komen di kotak kecil ini. terima kasih juga atas perkongsian, xpe je panjang. heeeee :)

nusrah said...

@Nazihah@Jiha

salam Jiha.
nampaknye sy ada dua kawan bru yg nama jiha kat sini..heee :)

terima kasih sudi komen di kotak kecil ini. Komen yang membina. May Allah bless u my dear.

fieha said...

salam..suka baca entry awk..teruskan bertinta.. :)

Mr AnOnymOUs said...

subhanallah..semoga entry2 sebegini diteruskan..dan nape kita buat blog? islah nafsak wad`u qaira`_^)

nusrah said...

@fieha

salam, fieha.

terima kasih sudi jengah di komen di kotak kecil ini. Gembira kenal anda di sini. Moga entri2 ni ada mnfaat utk awak, yg cam melalut tu abaikan je ye :)

nusrah said...

@Mr AnOnymOUs

salam mr ano, terima kasih sudi jengah dan komen di kotak kecil ini. Moga blog ini ada manfaat utk awak juga. Teruskan berblog kerana Allah. :)

:: Zahratu Billaurah :: said...

Assalamualaikum akak. Akak sihat? ^_^ *peluk*

dlm setiap perkara dlm hidup dan dlm setiap apa yg ada dlm genggaman, akan kembali menjwb siapa diri kita sbnrnya. dari cara kita menggunakan satu-satu kesempatan dan peluang.

terkdg mungkin apabila org yg mungkin belum memahami tujuan blog sbnrnya, akan hairan kenapa asyik habis masa berblogging dan update post "xde keje lain, blogging lah tu" ^_^ kalau tahu hakikat sebenar blogging, kalau benar psg niat yg betul-betul krn Dia, selamanya xkan pernah bosan dgn blog. =)

adik syg akak *peluk* =)

nusrah said...

@:: Zahratu Billaurah ::

wsalam rabiatul, alhamdulillah sihat. Adik sihat?

terima kasih sudi komen di kotak kecil ini. Sayang adik banyak2 juga. Moga sentiasa dalam rahmat Allah :)

qamarguyz said...

salam ziarah..
hmM..betul tu..
nasih mencari pengikut yG berkualiti..sudi membaca sudi berkomunikasi..bukan sekadar angka yang memanipulasi

nusrah said...

@qamarguyz

salam, terima kasih sudi jengah dan komen di kotak kecil ini. Moga sentiasa dalam rahmat Allah.

k.h.a.l.i.l.a said...

adik sorang makin matang hari ke hari. ^_^.

nusrah said...

@k.h.a.l.i.l.a

salam kak ila,
heeeee.... ;) ;)
May Allah bless u too my sis.