23 May 2011

Cinta dalam redha Allah ini akan kekal hingga syurga

Assalamualaikum warahmatullah..
Tidak pernah lupa mendoakan kalian dalam keadaan sihat sejahtera.

Lesu. Beberapa kali tangan menutup mulut yang asyik terkuap. Berhari-hari masa habis di atas jalan. Duduk dan tidur hanya beralaskan kerusi kereta dan bas. Maaf sudah lama tidak muncul di laman ini. Saya sibuk memenuhi undangan walimah sana sini. Semuanya walimah di luar negeri. Satu di Terengganu dan satu di Pahang. Satu di Besut dan satu Keratong.

Bila berita walimah itu disampaikan sendiri oleh empunya badan, saya gembira untuknya. Rasa syukur bila sahabat baik sudah bertemu jodoh dengan insan soleh. Kenangan semasa asasi terus datang menerpa. Teringat perit jerih ketika belajar di asasi. Masing-masing menjadi penguat antara satu sama lain. Nama kami hampir serupa. Ketinggian juga hampir sama walau tidak setinggi mana. Sampaikan pensyarah memanggil kami kembar tidak seiras. Kadang-kadang geli hati bila melihat gelagat pensyarah yang tersasul menyebut nama kami. Bila sudah penat membezakan kami berdua, digabungkan sahaja nama itu menjadi 'Atilia'. 2 dalam 1. Mudah dan pantas, kata pensyarah. Ketawa geli hati lagi. Moga cinta dalam redha Allah ini terus kekal sampai syurga. Sekejap sahaja masa berlalu, masing-masing sudah punya hala tuju. Tapi doa dari sahabat ini tidak akan pernah putus.


(Kagum melihat sahabat masih lagi istiqamah dalam bertudung labuh. Tudung labuh tidak semestinya tudung bulat sahaja. Jangan membuat andaian tipikal bahawa tudung labuh hanyalah tudung bulat. Gambar persendirian)

(Antara teman-teman satu kos yang dapat hadir. Moga persaudaraan ini juga hingga ke syurga. Gambar persendirian)


Walimah di Keratong juga sama meriah walau saya dengan raja sehari tidak serapat mana ketika di bangku sekolah. Kami berlainan kelas dan aliran tapi kami rakan sebaya. Bilangan kami semua memang sedikit. Ditambah pula dengan kelas yang hanya ada 3 aliran, jadi kami bisa kenal muka dan nama. Faktor berlainan jantina juga menambahkan jurang antara saya dan teman ini. Disebabkan kami pernah sama-sama menguruskan Badan Rohani di sekolah dahulu, saya rasa serba salah jika tidak hadir. Saya juga doakan walimah ini kekal hingga Jannah. Moga sentiasa dalam rahmat Allah.


( Sebelum bertolak. Bergambar di hadapan rumah Pak Uda saya. Pak Uda cukup ramah melayan tetamu. Hingga tidur kami pun dibalut kelambu. Nyamuk kampung jahat katanya. Memang itu sebaik-baiknya akhlak dalam menerima kunjungan tetamu. Pokok kelapa ini menjadi mangsa tempat kami merakam gambar kenangan. Gambar persendirian)


(Mahu juga ada gambar kenangan dengan raja sehari. Keluarga pengantin juga cukup ramah melayan keletah kami. Majlis Walimah yang cukup sederhana. Gambar persendirian. )


( Sengaja bergambar dengan pengantin perempuan sahaja. Terlalu lambat untuk menunggu kehadiran kawan-kawan lelaki yang lain. Gambar persendirian.)


p/s : Entri kali ini mungkin kurang berfaedah sedikit. Mungkin juga tidak ada manfaat. Maaf jika ada yang kebosanan. Saya hanya mahu menjelaskan 'kehilangan' saya selama seminggu ini.

p/s lagi : Saya memang sengaja memuat naik (sila baca : upload) gambar dalam saiz yang paling kecil. Tidak mahu gambar ini diakses dan diubahsuai menjadi gambar yang tidak sepatutnya.

8 comments:

Izzati Hashim said...

Salam alaik.

Alhamdulillah, moga cinta mereka yang terpatri berkekalan hingga ke syurga abadi.

(=

... said...

salam,

shukran sbb kongsi.. hehe..

salam syg slalu,
Liana=)

:: Zahratu Billaurah :: said...

mana ada xbermanfaat, penuh hikmah ^_^

menelusuri satu kembara kehidupan, setiap detik pasti kita akan belajar sesuatu. Pasti ada 'isi'.

membaca entri, dpt khabar sahabat bertemu jodoh dan sudah mahu mendirikan bait, saya tersentuh sendiri. bila pula saya dpt rasa peluang itu, dan turut tumpang gembira..=') sungguh, ukhwah ini, xakan pernah putus, malah semakin erat walaupun sdh melahirkan mujahidun dan mujahidaat agama. Insya-Allah. (jauh menerawang..)

baitul muslim ini amat penting, pembinaan ummah. bermula dari diri, keluarga, masyarakat dan negara. permulaannya harus bagus, Insya-Allah pengakhirannya juga bagus ^_^

nusrah said...

@ Izzati Hashim
Wsalam warahmatullah..amin ;)

@Liana
wsalam warahmatullah..
sayang awak juga selalu. ;)

@ :: Zahratu Billaurah ::
Jauh menerawang ye..hik2
insan yang tepat akan hadir pada waktu yg tepat.insyaAllah. doa yg terbaik ;)

khalila ishak said...

jenuh kecikkan anak mate nak cari tuan blog. tp akak boleh cam. ehehhehee

nusrah said...

@ kak ila..
ngeh3..boleh cam???tettttttt

khalila ishak said...

@nusrah
kalau x tersalah lihat la kan. hehehe.... wahh, dh jadi dh button reply. good2! ^_^

nusrah said...

eh...dah jd ke??
mne de...dop tubik pon..
uhukkk... -.-'