08 April 2011

Luar biasa bila yang buat onar adalah kawan saya.

Assalamualaikum warahmatullah..
Tidak pernah lupa mendoakan kalian dalam keadaan sihat sejahtera..

Duduk termenung. Laksa yang ditelan sekadar lalu ditekak tanpa sebarang rasa. Punah sedikit selera makan malam ini. Kisah gadis malang itu asyik berputar di ruang legar memori. Eh, memang beginikah sikap manusia bila jauh dari rahmat Allah? Tidak henti-henti berdoa moga Allah sentiasa pelihara maruah. Maruah saya sebagai wanita, maruah keluarga saya yang selama ini terpelihara, tidak lupa juga maruah agama. Memori di itu berlayar di fikiran satu-persatu.

Tukang cerita : Awak tahu, saya ada tunang yang asal dari negeri B dahulu.
Saya : Oh.
Tukang cerita : Tapi tidak sempat bina masjid, ikatan itu sudah putus.
Saya : Oh, jika bukan jodoh kita, itu perkara biasa.
Tukang cerita : Luar biasa bila yang buat onar adalah kawan saya.
Saya : Kenapa?
Tukang cerita : Tidak sangka gurauan kawan untuk bertukar pasangan adalah bukan permainan.
Saya : Mengapa pula mahu bertukar pasangan?
Tukang cerita : Sebab dia kemaruk mahukan tunang saya. Tidak dapat dengan jalan A, dia cuba dengan jalan B.
Saya : Jalan B yang macam mana? Tabur fitnah?
Tukang cerita : Lebih kotor dari tabur fitnah. Bekas tunang saya kena bomoh.
Saya : Dahsyat. Apa yang kawan awak dah buat?
Tukang cerita : Kawan saya buat sampai tunang saya sanggup tinggal solat. Balik rumah malam-malam sebab ikut jantan A tu. Kemuncaknya, bila saya tahu yang bekas tunang saya sudah kena noda.
Saya : Astaghfirullah. Sampai macam tu sekali?
Tukang cerita : Lagi teruk, bekas tunang saya tak sedar yang dia dah keluarkan duit RM10 ribu dari bank. Duit tu dihulur kepada si A dan si A diminta masuk meminang dengan duit RM10 ribu itu. Semuanya berlaku dalam keadaan tidak sedar.
Saya : Ya Allah. Sekarang macam mana?
Tukang cerita : Saya sudah putus tunang. Bekas tunang saya itu pun sudah beransur pulih.
Saya : Awak tak kasihan dengan bekas tunang awak? Bukan salah dia. Dia kena guna-guna.
Tukang cerita : Rasa simpati itu ada. Tapi saya tidak sanggup sehidup semati dengan orang yang sudah kena noda. Saya pun ada maruah keluarga.

(Hikmah Allah letakkan dosa tanpa bau. Jika dosa disertai bau busuk, sudah tentu dunia sentiasa dicemari bau tidak enak. Lagi besar dosa, lagi busuk baunya. Eh, kalau dosa sihir bagaimana pula baunya?)

Setiap yang berlaku ada hikmah dan saya yang mendengar langsung ambil ibrah. Saya juga wanita. Minta jauh dari caci nista. Minta jauh dari fitnah dunia. Minta jauh dari permainan kotor manusia. Si tukang cerita kini sudah berkeluarga dan mempunyai anak dua.

p/s : Ini adalah kisah benar. Sihir itu berdosa besar. Sebagai manusia yang lemah, pergantungan pada Allah itu perlu tegar. Sihir itu boleh dielak dan dipagar. Eh, bukan saya mahu mengajar untuk bersihir sekali. Sekadar pendinding. Saya sudah letakkan pautan itu di sini. [link]

6 comments:

Balkis said...

maseh ade ye bomoh2 ni..tak ku sangka..haih >.<

cikuwada said...

siyes crite ni?
ya allah, bantulah hambaMu ini dari sebarang buruk sangka dan berhasad dengki dengan orang lain

nusrah said...

@Balkis
terima kasih sudi komen di kotak kecil ini..memang masih ada yang bomoh2 nih..

xde kesedaran yang benda ni berdosa besar

sadis bila yang buat tu saudara atau kawan sendiri =.='

nusrah said...

@Cikuwada
terima kasih sudi komen di kotak kecil ini..

yup, cerite ni serius dan kisah benar..

Kena bykkan berdoa dan amalkan pendinding, minta jauh dari permainan syaitan nih

.::: mr IQ :::. said...

lelaki yg bertaqwa, akan terbebas dari sihir buatan org...
jadi lah org bertaqwa (bg lelaki),
cari suami yg bertaqwa (bg wanita),

nusrah said...

@mr IQ
terima kasih sudi komen di kotak kecil ini..

terima kasih juga atas nasihat yang dikongsi..

Setuju dengan nasihat itu..