02 January 2015

tetaplah yakin

bismillah

"Jangan sesekali meletakkan ‘kegembiraan’ atau ‘kesedihan’ kita pada sesuatu atau sesiapa, bimbang nanti ia menjadi keterikatan kita. Seharusnya kebergantungan kita sepatutnya hanya milik Allah semata-mata." - Ary

Menjejak ke angka dua di tahun baru. Betapa tahun lalu mengajarkan aku untuk selalu mencintai sesuatu dengan cara sederhana, memulangkan sesuatu yang dipinjam ke tempat asalnya dan mengerti bahawa kesakitan-kesakitan yang terbeban adalah kerana terlalu berlebih-lebih menuangkan rasa pada dunia.

"I don't think all writers are sad, she said. I think it's the other way around- all sad people write." - Lang Leav

Selalu sahaja penulisan tentang hari-hari jatuh mengingatkan, bahawa aku mungkin bukanlah siapa-siapa tanpa cabaran yang dirempuh semalam, Mungkin hanya jasad tanpa ruh. Atau mungkin sahaja punya ruh tanpa yakin yang kukuh. Selalu sahaja hari-hari jatuh meyakinkan aku bahawa Tuhan tetap dekat tiap saat. Dan rapuh mana pun penulisan itu, tetaplah ia akan kembali ke tempat asal cintanya -- Tuhan.

[ehsan]

"Everyone of us has needs for Allah. Just keep calling. Just have yakeen. Have conviction. If it is meant it will definitely come in your direction. May He open our doors and may He make us firm believers that for Him nothing is impossible" - Mufti Menk

Maka dengan sepenuh cinta, berdoalah meski hanya pada teriak-teriak halus atau pada esak-esak yang terhembus. Moga-moga tiap saat tetaplah aku yakin Maha Kasihnya Tuhan, tetaplah aku mencinta dengan cara sederhana dan tetaplah aku setia memberi sebanyak-banyaknya.


6 comments:

dr.adilahhebat :) said...

Ini,
yang dekat dengan jiwa,
untuk detik ini.

Alhamdulillah Allah detikkan untuk baca post ni ;)

Jazakillahu khaira kathiran.


eh , k.nusrah ? baru cecah angka dua ?
umur akk 20 ke ?
Heh.

nusrah said...

no, dila. menjejak ke angka dua = tarikh entri ini ditulis, hari ke-2 di tahun baru ;)

umur rahsia. sblum ni dah pernah letak dekat profile blog. tapi xmau dah lah letak, sebab rasa dah tua sangat! :P

ismisyahida. said...

umur nusrah dua puluh tetttt. :p

dr.adilahhebat :) said...

ohhh,
faham heh.

saya sempat tengok umur akak.
:p

tak tua mana pun.
hehe.


ehh, k.syahida ;)

siskahaidan said...

Umur nusrah baru 231 hari. Hiks.
Jzkk utk kongsi :")

Anonymous said...

(tuan blog yg malas sign in)
adilah, hihi. begitu berat perasaan menerima umur yg baru meningkat. sampai tak mau state umor brpa. hah!

kak syida, ehemm ehemm. so bila nak update blog? (saja nak remind dkat sini pulak.lolls)

nad, jgn bg nusrah membesar cepat sangat pleaseee. tante ngga sempet lg ketemu ama nusrah. :p