24 April 2014

"Karena hati tak perlu memilih, ia selalu tahu ke mana harus berlabuh." - Perahu Kertas

Bismillahirrahmanirrahim


“The secret to life is to put yourself in the right lighting.”-- Quite, Susan Cain

Apa khabar jiwa-jiwa pemberani? Apa khabar jiwa-jiwa kecintaan Tuhan?

Mentari hari ini bagai malu-malu memuncul diri. Di sini hujan sejak pagi. Hanya sekejap tadi, tiada lagi renyai, yang tertinggal cuma jalan-jalan tar basah, lopak-lopak air membias wajah dan jiwa aku yang bagai diberi nyawa semula.



“They prefer to devote their social energies to close friends, colleagues, and family. They listen more than they talk, think before they speak, and often feel as if they express themselves better in writing than in conversation. They tend to dislike conflict. Many have a horror of small talk, but enjoy deep discussions.”-- Quite, Susan Cain.

Selama mana aku hidup, aku bagai tersesak dengan rasa bahawa aku tidak pernah faham diri sendiri. Apatah lagi bisa memahami jiwa orang lain dengan baik. Sering juga tertanya-tanya kenapa aku tidak sama dengan teman sekeliling. 

Kenapa aku sering sahaja punya perasaan-perasaan aneh? Kenapa jiwa begitu hidup bila sangat dekat dengan alam? Kenapa aku hanya rasa sejiwa dengan setengah-setengah orang? Kenapa aku terbiasa berseorang? Kenapa aku lebih suka menumpahkan semua amukan rasa dengan menulis?



"We are okay alone. We like to write things out. We feel safe with the right people." -- 15 Things That Introverts Would Never Tell You, Maryann Reid.

Mungkin ini asbab kenapa filem ini serasa dekat dengan jiwa. Beberapa kali diulang sampai terhafal dialog sesetengah babak. Hingga dua tiga hari lalu, entah bagaimana bacaan aku terhenti pada layaran ini dan ini

Benar-benar seperti terjumpa dengan cebisan diri yang hilang. Benar-benar seperti Tuhan alirkan nafas baru. Benar-benar merasa bahawa aku tidak pernah berseorang ketika berperang dengan jiwa dalaman. Benar-benar merasa betapa indahnya Tuhan mencatur kehidupan.


"If you want to discover who you are, you need to discover your Creator first." -- Sh. Naveed Aziz.

[ehsan]



3 comments:

dr.adilahhebat :) said...

assalamualaikum k.nusrah (:

boleh bagi link utk full cerita perahu kertas x ? dah cari x jumpa heh :)

nusrah said...

adilah,
maaf. dulu akak jumpa link kat youtube dan download. tapi link tu sekarang dah takda :(

klu adilah ada akaun tonton.com, mungkin boleh tengok dkat situ. sebb cerita ni keluar kat tv9 masa raya baru2 ni. :)

dr.adilahhebat :) said...

Owh ya ka,
Xpa nnti sy try tgk dkt tonton.

Jzkk k.nusrah ;)