09 November 2013

terowong kelabu


[ehsan]


Kerana hati yang menghantar pergi, tak pernah sama dengan hati yang benar-benar pergi.

Bukan senang mahu buang sebarang yang kita sayang. Sudah elok-elok disimpan, mahu dihumban. Kalaulah mudah macam contengan pensil yang hilang dengan sekali sapu. Kalaulah.

Orang kata, kalau perihal ditikam cinta, kita kena segera bangun. Bayang semalam jangan dibiar terhimpun. Bangun, bina hidup baru. Itu orang kata, bukan aku.

Mungkin itu ubat yang sama untuk orang tenat macam aku. Terperangkap lama dalam terowong zaman kelabu. Bangun, padam semua cinta pada kebodohan dulu.

-------

جَهِلَ [ ja - hi - la] : tidak tahu, bodoh, jahil

تَجاهَل [ ta - jaa - ha - la] : buat-buat tidak tahu, buat-buat bodoh, buat-buat jahil.

--Ah! Sekarang, aku ini betul-betul jahil ke atau buat-buat jahil? 








1 comment:

iremi nisces said...

Asalamu alaikum,

Thank you for sharing this lovely post. Please can you give me some tips on Romance over at ireminisces, thank you so much...

Take Care