01 November 2013

sendu



[ehsan]


langit sepi
tanpa buruj menyeri
sinarnya telah habis
aku gores
dengan tangis semalam
lagu-lagu kelam
bersenandung lantang
awan memuntah hujan
sejuk merasuk tulang rawan
aku memencil
sekali lagi
Tuhan rangkul aku
dari jurang sendu.


-------

champak : kalau ada cermin depan aku, terbias rona merahnya. Segan. Aku memang tidak tahu cara perkenal diri atau dalam erti kata lain 'mempromosi' diri. Senangnya begini. Kalau kalian mahu kenal sisi aku lagi satu, jemputlah ke situ. Jemputlah berkenalan dengan teman-teman sejiwa aku.


No comments: