17 October 2013

cuma sedikit


[ehsan]


aku sendiri seperti mahu lari
dari tubuh yang pura-pura meneguh
kenapa kau masih di sini?
memenuh minda mu
membaca karat hidup aku
apa kau tak jemu?
hari berlalu ku renung bisu
disalak-salak pada dunia
penat aku mengindah rasa
jenuh aku dikejar dosa
seteruk-teruk rasa perit
yang selama rabak menghimpit
rupanya itu baru secubit.


No comments: