02 September 2013

menggagah senyum

bismillahirrahmanirrahim

untuk sekali lagi cuma
bertahan ayahanda
jangan dibuang kuatmu.

bila kau buka mata
hilang segala gelita
tiada lagi kau dengar esak hujan
lihat kiri kanan mu terhulur tangan
rasa di jiwa mu doa-doa yang terkabulkan
ayah, kita kan menggagah senyum atas nama Tuhan.


------

--Berhujan berpanas bawah teduh Unit Rawatan Rapi (baca : ICU). Terima kasih Tuhan. Ujian ini buat aku tersenyum. Ar-Rahimnya Mu mengurnia pahala buat kami dengan cara berbakti.
--Adik, kakak pasti Allah akan mengganda pahala menuntut ilmu buat kau. Peperiksaan percubaan di saat kondisi ayahanda kurang sihat akan buat kau lebih kuat.
--Ipah, moga ini semua mematangkan jiwa kau sendiri. Kita semua menjadi saksi, betapa rasa berdikari yang ayah terapkan itu menjadi.
--Along, segala lelah kau menjadi ketua keluarga saat ini kan terbayar dengan syurga. Terima kasih Along atas senyum yang kau indahkan.
--Ummi, tika kondisi badan ummi juga kurang sempurna, tabahnya ummi sebagai suri. Segenap cinta dan syurga buat mu ummi.


3 comments:

Amirah Hamani said...

Salam alaik Kak Nusrah,

Akak, sabar dan tabah ya!
Moga dlm lindungan dan kasih syg Allah. :)

Faarihin said...

Nusrah.. semoga setiap ahli keluargamu tabah menghadapi setiap ujian ini. Semoga ayahmu sembuh kembali.. Insha-Allah..

w a n i said...

moga kau dapat jadi kaki tangan ayahanda ummi juga.