[ehsan] |
mata yang teralir luka
manakan sama
mata yang memandang cuma.
telah rela diragut ribut
biar mengering terdampar
belum pulih nanah memutih
asal jangan
ditinggal Tuhan.
tegar pada akar
teguh walau lusuh
tergantung tinggi melambung
asal jangan
diabai Tuhan.
5 comments:
Moga DIA sentiasa lindungi kita dan jauhkan kita dari keasyikan dunia sementara.
indah
mohon share :)
Assalamualaikum. suka bunyi piano ni, rasa feel bila baca sajak ni :)
faarihin:
amin ya Allah. lama tak tanya khabar akak..fi hifzillah kak, moga dlm jagaan Allah selalu. :)
silentdreamer:
maaf lewat dibalas. sila, dialu-alukan. fi hifzillah :)
aina:
wsalam warahmatullah. it's spirited away theme song. fi hifzillah :)
:) tergetar membaca aturan aksara.
Bismillah,
semoga terus, melakar.
Post a Comment