21 August 2013

sakti apa kau pasak?

bismillahirrahmanirrahim

khabar aku
demi syahid dirindu
semudah mana dibunuh ragu
hati membentes luka getir
hingga tiada satu
menyapa salam akhir
dengan lagu pilu.

di setiap tanpa nanar kau berdiri gagah
lena tiada gebar indah
tak kau kira keringat lelah
peluru menusuk seluruh arah
ajar aku
sakti apa yang kau pasak
kuasa apa yang menyala jiwa -- marak.

khabar aku
ajar aku
yang masih lagi beradu.

[Amr Kassem 1987-2013. Ehsan]

------

Daripada Thauban ra berkata, “Rasulullah saw bersabda: “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.”

Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?”

Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. ”

Seorang sahabat bertanya: ”Apakah ’wahan’ itu hai Rasulullah?”

Baginda menjawab: ”Cinta dunia dan takut mati.”

(Hadith riwayat Abu Daud)



No comments: