duri hitam tajam rabak membelah jantung
kalau kau tahu betapa perit sisa jahiliyah menyiat kerongkong
dibiar membakar batin -- rentung
pasti kau berhenti mencakar jiwa dengan tanya-tanya
saki-baki masih berdaki
kerana aku terlalu yakin
Ar-Rahim nya Tuhan tinggalkan secebis bukti
bahawa kita belum pernah hilang asa untuk pulang sepenuh hati.
![]() |
[ehsan] |
-----
"Terkadang, luka di hati orang yang menasihati, lebih dalam dan perih daripada yang dinasihatinya." - Salim A. Fillah.
No comments:
Post a Comment