26 April 2013

lima minit

bismillahirrahmanirrahim

Lima minit.

Di dalam gerabak ini punya dua jiwa yang berbeza. Masing-masing tidak tahu Malaikat Maut bakal menjemput sedetik cuma. Jiwa satu penuh dengan amarah kerana tempat duduk asalnya dihuni jiwa lain. Jiwa dua sibuk ke gerabak lain mencari punca air kerana waktu asar telah tiba. Ya, lima minit kemudian masing-masing sudah dijemput rohnya. Gerabak sudah penuh dengan asap dan api merah.

Bagi orang beriman, lima minit terakhir amat penting sebelum bertemu Tuhan.

Lima minit. Semuanya lima minit. Aku selalu terfikir, di mana lima minit aku yang terakhir?

[ehsan]

-----

4.40 petang. 25042013. Ketika gerabak putih terhenti seketika antara laluan Batu Tiga dan Subang Jaya. Hany, jazakillah untuk hari yang manis semalam. :)


No comments: