08 March 2013

murabbi ku kan tetap begitu

bismillahirrahmanirrahim


[ehsan]

murabbi ku kan tetap begitu
matanya sering berkaca saat nama mu harum berlagu
ya Rasulullah saw, apa khabar mu? 

-----

Kelmarin, murabbi dengan senang hati menyatakan ketidakkisahan nya untuk usrah di skype gara-gara jasadiyyah aku sedikit jauh. Bidadari lain kekal usrah duduk secara langsung, yang terkecuali cumanya aku seorang. Soalan ringkas murabbi tentang cinta Allah, kabur untuk aku sendiri jawab. Tidak terhisab. Banyak. Besar. Luas. Terlimpah. Mikrofon rosak. Jika bercakap, suara tidak terdengar di hujung sana. Maka lewat bait aksara aku menjawab,

"Tentu sekali kan kita semua merasakan ini. Cinta Allah itu tertusuk di segenap pembuluh darah bila kita dilahirkan dalam Islam, berpeluang memeluk agama Islam tanpa kita pinta-pinta di Luh Mahfuz dahulu. Indah, Allah tetapkan. Kita hamba memang sinonim dengan sikap meminta-minta. Memang tidak dapat lari ke mana. Seperti mana tertuangnya nikmat Islam, moga-moga, kita dapat merasa nikmat duduk dengan Rasulullah saw di Firdaus bukan kerana kita pinta-pinta, tapi atas sebab memang Allah mahu bagi kerana terlalu cinta."

Esak murabbi kedengaran dari jauh. "Maaf, kakak tidak dapat menahan sebak bila berbicara perihal Junjungan Mulia." Allah, Allah, meski hanya perkataan Rasulullah yang dibacakan lewat butir skype.

------

masih lagi, murabbi ku kan tetap begitu
esaknya dapat dihidu saat nama mu didendang merdu
ya Rasulullah saw, apa khabar mu? 

-------

Juma'ah mubarak! Salam rindu buat murabbi termulia, Muhammad saw. Selamat menjadi murabbi yang berdedikasi untuk diri sendiri, murabbi terwangi untuk akhawat santunan mu, murabbi tersegak untuk ikhwah  pimpinan mu, dan, dan, murabbi terikhlas untuk zuriat-zuriat mu nanti. Angguk dan senyum.


4 comments:

aimiazmi said...

Ukhti, murabbi mu sangatlah mulia. Dan kamu seolah-olah menjadi mutarabbi bagi diriku di alam maya ini. Jzkk for all sharing. Salam taaruf yang membuahkan ikatan di Jannah yang kekal. InsyaAllah :)

nusrah said...

Imia,
jazakillah. salam taaruf. jaga hati. jaga iman. take care! :)

Anonymous said...

Salam Kak Nusrah.

Subhanallah. Terima kasih atas aksara yg indah. Selalu kena tepat, seakan aksara hati ini juga.

Aksara akak juga buat hati selalu menangis. Terima kasih kerana menulis selalu dr hati.

Tolong terus ingatkan, yg mana selalu kami lupa.

Jazakillah, syukur Allah Begitu Rahman turunkan bidadari yg ada hati tulus mcm akak. Selalu buat diri melihat pada sekecil perkara itu, ada signifikannya sendiri. Ibrah nya terlalu bsr untuk mata yg melihat dgn hati. Moga terus tsabat ya. InsyaAllah. Syg akak kerana Allah. :')

nusrah said...

Amirah:
tsumma hamdan lillah. akak kira, kita masing2 mencari sesuatu yg sama pd setiap tulisan--Allah. hati kita tercantum kerana Allah. take care amirah, uhibbuki fillah aidhan. take care! ^^