16 March 2013

cebis-cebis hujung minggu

bismillahirrahmanirrahim

[ehsan]

Secara terangan atas kertas, kita memang bekerja di bawah seorang ketua. Kita diawasi oleh sistem pengurusan. Prestasi kita dinilai dengan satu indeks pencapaian. Namun hakikatnya kita bekerja dengan Tuhan. Masa yang dilaburkan, Allah menilainya. Kerja yang terhasil, Allah tujuannya. Secara tidak langsung kita ditarbiyah lewat masa dan kerja.

Maka, walau di mana kau bertapak, selamat bekerja kerana Allah!

----

Kita akan selamanya dikaburkan dengan kelam, jika mata hati terus memandang titik-titik hitam. Putihkan mata hati kau yang telah terpadam dengan warna suram. Kata Sheikh Omar Sulaiman -- salah satu tanda orang yang 'cantik' itu ialah dia sering mendapati adanya keindahan pada insan-insan lain.

----

Laporan awal setelah seminggu bekerja sambilan. Bekerja di bawah pemimpin yang hatinya dekat dengan Allah juga dikelilingi rakan sekerja yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah, sangat indah! SubhanaAllah.


No comments: