03 February 2013

bahasa jiwa

bismillahirrahmanirrahim..


bukan kecintaan biasa-biasa
jantung macam mahu pecah keluar dari letak asalnya
sebab aku tahu;
kecintaan ini nanti Allah akan tanya

"kau tangkap cinta dengan puisi?"
"kau beli berkoyan-koyan buku puisi?"
"agama, kau bantu macam mana dengan puisi?"

subur mana pun kecintaan yang kau baja
Allah akan tanya.

--kaya harta
--cantik rupa
--jiwa manusia
--ilmu di dada

semua
Allah akan tanya.

celah mana kecintaan itu kau sorokkan.
suci mana kecintaan itu kau momokkan.

Allah akan tanya.
Allah akan tanya.

maka bersiap sedia dari garis mula.

[aku tak pernah minta kau suka. cuma ini aku punya cara, meluah bahasa jiwa.]

9 comments:

Anonymous said...

(=

Izzati Hashim said...

Kadang, puisi mampu menjadi senjata.
Maka, jadikan puisi itu dakwah.

Dakwah itu seni, punyai banyak cara kukira. :)




p.s : Tiya. Teringin nanti kita jumpa (biiznillah) duduk sekali tadabbur Quran sama-sama, baca puisi sama-sama. Allahu Allah. Moga. :)

siskahaidan said...

Suka.

Anonymous said...

pedulikan mereka, da'wah dgn cara kita, semuanya berbeza medium.

puisi, lebih dekat dengan jiwa, tulus, memahami.

bahasa samada tersirat, jelas berbicara, kalau tidak kena cara masih tidak kena juga.

Hidayah milik Allah semata, punya beribu cara mendekati jiwa-jiwa manusia.

Moga terus tsabat kak Nusrah, dan semuanya :)

Anonymous said...

Suwitt words ;)

nusrah said...

zati :

ameen. ameen. I pray for that badly, insyaAllah. kita akan duduk sama2 tadabbur AQ. Allah akan aturkan kita reunion yg indah insyaAllah :)

take care zati.. you dont have any idea how much i miss you.

nadiah & nadiah :

alhamdulillah. alhamdulillah. take care both of you.. moga dalam kecintaan Allah selalu. :)

anon 1 :
siapa gerangan empunya nama sayang?
jazakillah dearest! moga Allah mengurniakan sesuatu yg jauh lebihhhh baik utk adik. take care..! moga bahgia dlm cinta Allah selalu.

anon 2 :

tsumma hamdan lillah. memulangkan semuanya kembali pd Allah. you too take care..! :)

A'yun Aathifah said...

;)

Anonymous said...

Salam Kak Nusrah,

Nak tanya sikit, eh banyak. Hehe. Kak Nusrah baca buku puisi apa tue?? Teringin nak tahu, nak beli, nak perhati.

*aka Anon 1. Kadang2 suka jd unknown. Entah kenapa. Maafkan saya Kak Nusrah!

Hmm, terima kasih banyak! :)

nusrah said...

'Ayun Aathifah :

;) take care. moga dlm jagaan Allah selalu..

amirah :

akak baca karya wani ardy (langit vanilla), karya fynn jamal (puisi tepi jalan). karya mosyuki borhan pun akak suka. klu from indonesia boleh tgk karya andrea hirata & tere liye(diorang novelis tapi karya2 novel nya sgt membangun jiwa)

byk kan? itu pun ad yg akak lupa2 amirah. klu ada quote2 yang akak sertakan link tu amirah boleh cek laman web dyorang :)

Take care Amirah, sayang amirah kerana Allah.. ^^

ps : you are the most lovely anonymous that ive known, so dont have to say sorry. :)