29 January 2013

bintang-bintang

Bismillahirramanirrahim..


angin--kan gusar resah yang menerjah
mohon bayu terbangkan bawa pergi.

awan biru--kan sesak sebak yang meraja
mohon hati sedamai langit cerah.

mentari--kan gelap mimpi ngeri yang menyinggah
mohon lorong sempit tersimbah walau sedikit cahaya.

[ehsan]

moga bintang-bintang yang kau gantung di angkasa raya kekal gemerlap
moga rimbun-rimbun hijau yang kau baja kekal subur
moga harapan-harapan kau tak terkubur.

-----

Kadang-kadang kau sudah cukup yakin, bulat tekad dengan apa-apa yang kau rancang akan menjadi sepenuhnya. Sampai-sampai minda kau terkaburkan pada kenyataan bahawa perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan, wallahu khairul makirin. [3 : 54]

2 comments:

aku-bukan-robot said...

Tulah kadang kadang kita merancang sampai lupa yang rencana Allah itu yang terbaik, hingga alpa letak pergantumgan tinggi pada Dia yang maha Tinggi . jazakillahu khairan jaza akak (=

nusrah said...

nadiah,
waiyyaki.. take care nadiah! :) :)