27 November 2012

pensel warna 36 batang

Bismillahirrahmanirrahim

[ehsan]

Perkara yang paling aku susah buat ialah memberi sesuatu benda yang aku sayang. Dari dulu. Paling ketara dalam bab makanan. Aku sangat berkira dengan adik-adik bila ummi suruh aku mengalah, beri nuget ayam bahagian aku untuk adik-adik. Lepas itu, ada orang yang akan muncung sedepa. Ya, aku orangnya! Kau mesti ketawa besar kan?

Cerita perihal pensel warna, lagi susah! Oleh sebab tangan aku gemar memalitkan warna-warna di kertas kosong dan ketaksuban aku terhadap mewarna tidak dapat dibendung, ayah pernah hadiahkan aku pensel warna yang ada 36 warna tidak silap aku, aku sudah lupa bilangan tepatnya. Yang aku pasti set pensel warna itu panjang. Aku akan merungut habis-habis cakap yang pensel itu akan jadi kontot kalau orang lain pinjam, kemudian baru aku bagi siapa-siapa yang mahu pinjam. Merungut dahulu, baru beri. Ya, itu aku. Simpan tawa kau.

[kecil - sedikit]

Aku bukan anak kecil lagi yang hanya kenal nuget ayam dan pensel warna tiga puluh enam batang. Kaki aku sudah jejak alam dewasa. Kenal tarbiyah. Kenal orang yang sentiasa menjadikan tarbiyah sebagai makanan harian yang perlu dihadam. Kenal ukhwah. Kenal orang yang sangat suka mengalah, mengorbankan dirinya untuk ukhwah. Kenal Tuhan. Kenal Tuhan bukan setakat sifat 20 yang diajar di sekolah dahulu, tapi kenal Tuhan dengan rasa cinta. Kenal Islam. Kenal Islam bukan hanya di telekung dan surau, tapi kenal Islam sebagai cara hidup.

Entah. Aku rasa Allah mahu mengajarkan aku sedikit demi sedikit. Belajar cara melepaskan sesuatu yang aku sayang. Kecil-kecil aku sayang mahu membiarkan nuget ayam dan pensel warna tiga puluh enam batang aku untuk orang lain. Besar-besar aku sayang mahu melepaskan sikap jahiliyah yang aku sudah lama simpan.

[besar - banyak]

"Redha. Ya. Perlu belajar banyak dengan Palestina, Syria dan Rohingya erti redha melepaskan perkara-perkara yang kita sayang. Mungkin dengan keterbiasaan aku redha melepaskan perkara-perkara kecil yang aku sayang sekarang, mungkin dengan itu aku terbiasa untuk redha melepaskan perkara-perkara besar yang aku sayang nanti. Siapa tahu, nanti-nanti Allah uji aku dengan mengambil nyawa ummi atau ayah atau kakak adik atau siapa-siapa-sahaja-insan-yang-aku-sayang, waktu itu aku tahu yang entri ini bukan sekadar cakap-cakap kosong."

[lebih besar - lebih banyak - redha]


2 comments:

Unknown said...

assalamualaikum kak tiya
percayalah yang saya hanya tersenyum saat membaca
tidak tertawa mahupun tergelak ;)

rindu akak. nasib masih punya gambar dalam simpanan bersama beg felt kuning bertampal nama :p

oh saya pernah ada juga.
memang bilangannya 36 = 3 dozen
yang sampai sekarang masih ada, atas sebab yang sama. sayang untuk digunakan takut jadi kontot. -.-

andai saja kita kenal erti memberi itu dahulu
tidak pernah risau akan kehilangan kerana pastinya Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik, kan?
hukkk... dan dari situ kita belajar
untuk mendidik diri, dan anak-anak nanti :D

frasa kni sungguh menyentap
" Besar-besar aku sayang mahu melepaskan sikap jahiliyah yang aku sudah lama simpan."
T______T
bila agaknya nak belajar untuk melepaskan yang ini.
hukkk...

Allahu akak.
soal melepaskan keluarga tersayang
itu paling menguji
lagi-lagi saat mendapat khabar sahabat sendiri baru kehilangan ibu tercinta semalam
dia telah merasakan kehilangan itu dan Allah tahu dia tabah untuk menempuhinya saat itu
dan saya rasa, Allah tahu saya masih belum sedia
Allah. persiapkan aku andai sudah tiba waktunya
kerana perginya ibu tidak kemana, tapi kepadaNya. :')

eheh -.-
terpanjang pulak
saya suka over bila comment di blog orang
macam nak buat entry baru
peace
miss you, fillah

nusrah said...

alyaa :
wsalam warahmatullah. xpe komen panjang2, tak pernah ada had patah perkataan pun kat sini. ;)
oh, bila pula akak bposing depan hdset alya dgn beg felt tu? ambil gmbar akak curi2 ea? :p

huhu, akak lagi lah sentap dengan frasa tu. seolah-olah Allah ajar akak, "kenapa susah sangat nak buang jahiliyah yang kau sayang, simpan, perap lama2?"

tentang kawan alyaa, moga Allah pinjamkan kekuatan untuk dia. innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

take care alya! moga Allah sentiasa jaga alyaa dalam cintaNya..
(and actually i really miss u too!)