Kita elak balas sms lelaki ajnabi tanpa keperluan,
sungguh Allah nampak,
walau impak tak seluas langit terkuak.
Kita cuba tak berkata 'bodoh' dengan orang yang potong barisan kita,
sungguh Allah nampak,
walau sekecil-kecil aksara; cuba.
Kita alihkan sampah gula-gula tepi tangga,
sungguh Allah nampak,
walau hanya sekenit-kenit benda, dibanding batu besar tengah jalan rata.
Kita labuhkan barang seinci dua hijab kita hari ini,
sungguh Allah nampak,
walau tak sepanjang ruas jari, tapi kita letakkan perisai dari mata liar ajnabi.
Kita kalih mata ke kiri dari lihat hawa yang tak tertutup auratnya dengan baik,
sungguh Allah nampak,
walau hanya ke kiri, sedang depan belakang kita terlambak orang yang tak terjaga deria matanya.
Sungguh Allah Maha nampak
Wallahu Basirun 'Alim.
[ehsan] |
8 comments:
Salam.
Akak..................
akak buat mata saya berkaca-kaca.
nasib tak berderai tadi. tinggal di hujung saja.
mahu peluk.dari jauh.
sungguh kan?
istiqomah. dengan sekecil-kecil usaha.
:') <3
tiya.. nak peluk jugak!
beautifully written, mashaAllah.
may Allah bless you. amin.
T.T
Allahu Rabb,,
Entah berapa juta kali tersekat sekat dalam mahu istiqamah dalam beristiqamah..
syukran dear~
piqa: wsalam warahmatullah.. can u feel my warm hug? :')
umy : ameen. ameen. waiyyaki, moga Allah mengurniakan kecintaan yang lebih pada umy juga. here dear, my hug. Can u feel it?
piqa & umy : "Hati kau yang luar biasa sebenarnya. Aku hanya menyusun aksara seperti biasa, tapi hati kau bisa mentafsir aksara menjadi bunga. Tentu sekali hati kau dekatnya dengan Tuhan, subhanaAllah."
Kak Mutiara : semoga dgn ketersekatan dalam istiqamah itu Allah akan menilai juga usaha kita. semoga, biiznillah..
Cantik susunan katanya. Cantik juga maknanya.
jazakillah. :')
salam kakak..
kadang2 tertanya2 juga, mcmana ada insan y blh menyentuh hati hnya melalui penulisan..
mungkin ada ikhlas utk mnyampaikan dan mgkin juga kerana akrabnya hati dgn Tuhan, kan ?
ajarkan saya seni-mu kak ? :')
http://srikandiasytari.blogspot.com/2012/07/sosok-sosok-kiriman-tuhan.html
sidratul muntaha :
tsumma hamdan lillah, semua ni milik Allah juga asalnya. Sy cuma diberi pinjam skjp. Moga dlm kecintaan Allah sllu :)
ainum:
Hati ainum yang luar biasa sebenarnya. Akak hanya menyusun aksara seperti biasa, tapi hati ainum bisa mentafsir aksara menjadi bunga.
Moga ainum dlm kecintaan Allah slalu :)
salam...
Subhanallah. betul... kadang barang yang kecil, impaknya lebih besar.
terima kasih peringatan ini tiya.
:) :)
Post a Comment