Teman
Tolong khabarkan pada jiwa
Akan buruknya bersangka-sangka
Tolong khabarkan pada jiwa
Akan bahayanya bermuka-muka
Teman
Tolong khabarkan pada jiwa
Ukhuwah itu bukan pada rupa
Tolong khabarkan pada jiwa
Akan bahayanya bermuka-muka
Teman
Tolong khabarkan pada jiwa
Ukhuwah itu bukan pada rupa
Tolong dan tolong
Pesan pada jiwa
Pesan pada jiwa
Tentang jalan ke syurga
Teman
Titip salam pada jiwa
Bilang padanya tentang Tuhan
Siramkan jiwa dengan rasa taqwa pada Tuhan
Kenalkan sama jiwa akan cinta Tuhan
Tuhan
Pimpin jiwa saat ia berderai-derai
Melalui denai-denai dunia yang lalai
Jangan biar ia terus dibuai-buai
Langsung gugur menyembah bumi dengan langkah longlai
Tuhan
Dengarkan luahan jiwa
2 comments:
semoga berteman tidak mengenal rupa..
nice words dek.. [^^,]
ia..semoga.
teman kerana Allah itu memang tidak kenal rupa. Semua atas dasar iman.
alhamdulillah, biasa je kak. pakai taram..heh :p
Post a Comment