26 May 2011

Cinta itu buta bukan kerana ia tidak bermata.



Assalamualaikum warahmatullah..
Moga kalian sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera. Memang itu tujuan salam di hulur bukan?

Mulut asyik mengunyah pemanis mulut hijau putih itu. Kalau dihulur setalam kuih seri ayu itu, setalam jua lah bisa dilahap. Ketawa. Syukur alhamdulillah. Pemberian ibu saudara sebentar tadi, disambut gembira. Rasa mahu melompat-lompat lagak anak kecil mendapat gula-gula. Gembira bila kuih kegemaran dihulur. Di bawah, ummi tekun mengajar anak-anak kecil mengaji. Lucu pun ada, bila mendengar ummi membebel tatkala bacaan anak kecil itu salah. Teringat peristiwa dicubit ummi ketika saya belajar mengaji dahulu. Saya juga begitu. Anak kecil yang penuh dengan agenda nakal. Ada sahaja alasan bila tiba waktu mengaji. Nasib ummi penyabar dan jenis manusia yang makan nasi, bukan seorang karnibal. Senyum kambing.

(Berkat kesabaran seorang ummi. Anak kecilnya sudah bisa mengaji. Ummi, anak kecil ini sendiri yang akan menyedekahkan ayat-ayat al-Quran bila ummi tiada lagi di bumi ini nanti. Penghargaan gambar di sini. )

Saya tahu semua itu kerana cinta dan sayang. Kalau ummi tidak sayang, sudah tentu dibiarkan saya mengaji lintang-pukang. Mana pergi 'mad asli', mana pergi 'ihfa haqiqi'. Bila bicara soal cinta, anda percaya yang cinta itu buta? Saya percaya. Ya, sekali lagi, saya memang percaya. Anda tidak percaya? Tidak mengapa. Saya tidak akan mati kelaparan jika anda tidak percaya. Eh, apa kena mengena mati kelaparan dengan akibat tidak percaya? Abaikan sahaja ya. Anda tentu sudah biasa dengan pengguna tegar otak kanan. Suka berimaginasi luar alam.

Ada orang bilang "Cinta itu tidak buta, tapi manusia yang membutakannya". Eh, maksudnya apa? Saya juga tidak mengerti. Mungkin lebih kurang begini maksudnya, cinta itu tidak buta, tapi manusia yang buta untuk menilainya. Mungkin lah. Ia hanya andaian saya. Ada juga yang bermadah “Cinta itu buta, kerana ia tidak bermata. Yang bermata itu hanya manusia”. Rasa mahu ketawa pun ada membaca madah ini. Cinta itu bukan makhluk bernyawa, mestilah ia tidak mempunyai mata. Jika ia mempunyai mata, sudah tentu ramai manusia lari bertempiaran. Ketakutan. Apakan tidak, setiap kali rasa cinta ada, maka akan timbul mata secara tiba-tiba. Oh, maaf. Maaf jika ada yang percaya dengan madah ini. Saya seperti mempermainkan pula. Maaf lagi sekali.

(Cinta itu bila segalanya kerana Allah. Hidup kerana Allah. Mati juga kerana Allah. Penghargaan gambar di sini. )

Begini, mari saya kisahkan. Mari dengar penuh minat. Lagak cucu yang setia mendengar kisah dan ceritera si datuk bertongkat. Ya, sabar dahulu. Jangan geram tidak menentu. Saya tahu apa yang kalian tunggu. Saya memang percaya cinta itu buta, kerana saya mampu lakar cinta kepada Allah tanpa saya bisa melihatNya. Bukan saya sahaja, anda juga begitu kerana anda juga hamba. Allah mengizinkan hambaNya untuk terus mencintaiNya tanpa perlu melihat.

(Saya memang 'buta' untuk melihat Allah, tapi saya masih celik untuk melihat kekuasaan Allah. Bukti cinta Allah itu ada. Penghargaan gambar di sini.)

Sebagai ganjaran tanpa nilai mata wang, kita dapat melihat Allah secara langsung di akhirat kelak. Asyik bukan? Terzahir rasa cinta, tanpa bisa melihat. Terasa nikmat cinta, tanpa bisa melihat. Terus hidup dengan cinta, tanpa bisa melihat. Sungguh, cinta buta yang tercipta ini indah. Kalau saya tukar bunyi dalam bahasa orang putih, lebih kurang begini “I believe that love is blind because Allah let me to love Him without seeing Him directly”.

Ya, tidak perlu tanya dan minta izin. Boleh salin dan tampal (sila baca : copy and paste) di mana-mana. Saya izinkan. Sudah mengerti bukan? Kenapa saya bermati-matian percaya yang cinta itu buta. Oh, tidaklah sampai tahap boleh mati jika ada yang tidak mahu percaya. Itu terserah. Ini tafsiran cinta buta saya sendiri. Sampai ketemu lagi di lain siri.

p/s : Jika ada sesiapa yang terbaca entri lebih kurang begini di halaman lain, jangan tuduh ada unsur cetak rompak secara melulu. Saya ada dijemput seorang teman untuk mengasah pena di halaman lain, jadi isi nya lebih kurang begini. Betulkan salah faham mu itu.

p/s lagi : Akan berpergian ke utara tanah air hujung minggu ini. Menghadiri walimah saudara sebelah ummi di sana. Doakan perjalanan kami dipermudahkan, jumpa lagi di awal bulan Jun nanti.


15 comments:

NSAB said...

cinta ibarat hantu..
semua orang percaya ia wujud
tak semua orang dapat tengok :)

Anis izyan Abd Rahman said...

anis suka gaya bahasa dan penulisan kamu !keep it up dear

nusrah said...

@fynazsya

terima kasih sudi jengah dan komen di kotak kecil ini.

cinta = hantu?? pon bolehh..more scary, i think. heee ;)

cik dila said...

nice writing nusrah!=)

nusrah said...

@Anis izyan Abd Rahman

thanks for being here and read my post. May Allah bless u my dear ;)

nusrah said...

@cik dila

Alhamdulillah. All praise to Allah. A talent in writing, big gift from Allah. Thanks for being here dila. May Allah bless u my dear. ;)

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum..nusrah sihat?? moganya sihat^^

cinta oh cinta hehee

nusrah said...

@Nazihah@Jiha

wsalam..
alhamdulillah sihat..

oh cintan.. heee

:: Zahratu Billaurah :: said...

Assalamualaikum akak ^_^ suka entri ni

Cinta jika selamanya ditafsir Allah, tak akan pernah muak untuk dibicarakan. Minda punya kuasa.
(akak, saya pun pengguna otak kanan! ^_^ thinking out of the box )

"mampu lakar cinta kepada Allah tanpa saya bisa melihatNya"
sungguh terkesan dan indah ayat ni pada hati. Akan adik smeat. =)

p/s: adik pun suka kuih tu ^_^

nusrah said...

@:: Zahratu Billaurah ::

wsalam rabiatul.
miss u my dear.
sorry blum smpat balas email awak.
kita ada kuih kegemaran yg sama.weeee ;)

Shahir said...

al hubbu a'ma kata orang arab. orang buta, deria rasa yang lain kuat.telinga, hati, sentuhan dan sebagainya.

tapi orang yang dibutakan oleh cinta, kadang2 buta segala deria rasanya! kentut pun harum mewangi! :D

nusrah said...

@Mohd Shahir Shamsudin

al hubbu a'ma = cinta itu buta. begitu kan maksudnya? betulkan saya klu salah. maaf, dah dkat 2 thun tgl b.arab.huhu.

klu dah smpai kentut pun bau wangi, adeh. memg parah namanya.

Shahir said...

@nusrahna'am, haza sohih :D

atiqa said...

slain cinta e2 buta, cinta e2 jg pekak bukan?

Krn kita tidak perlu mdengar suaraNya scara terus utk jatuh cinta. M'dengar bukti kekuasaanNya b'suara, b'kata, b'bicara, b'kicau sudah mmbuatkan kita jatuh hati pd alKhaliq.. (^^)

nusrah said...

@愛 Nur

Assalamualaikum my dear nur,

heeeee..gud girl. agree, cinta itu juga pekak. Thanks 4 sharing those words and being here nur. May Allah bless u ;) ;)