24 May 2011

Bila acap kali ditanya, maka ini jawapannya.


Assalamualaikum warahmatullah..
semoga sesiapa yang ada di laman ini sentiasa dalam rahmat Allah.

Sekian lama juga tidak mengemas kini laman ini. Sudah penuh dengan lalang dan segala macam rumput. Ini tempoh yang bagus untuk menghapuskannya. Oh, sudah merepek. Saya sudah jelaskan ke mana saya menghilang selama seminggu. Boleh baca di entri sebelum ini [link]. Menghadiri walimah sana sini, ramai yang bertanya giliran si kenit ini bila lagi. Maaf ya, itu soalan tipikal yang malas untuk dijawab. Kalau diam, bimbang nanti dibilang sombong. Kalau mulut bertutur, bimbang dikata omong kosong. Sudahnya, sekadar senyum. Senyum bagi pelengkap syarat. Tidak mengapa, mari saya kisahkan satu per satu.

Jodoh itu rahsia Allah. Biar masa yang menentukan. Untuk mendirikan masjid dalam keadaan diri yang masih kosong dengan ilmu agama, itu bukan saya. Maaf, jika ada yang kurang setuju. Saya memang tidak pernah terfikir ke arah itu. Berkahwin pada usia yang belum mematangkan saya. Kebanyakan teman yang sudah mendirikan masjid, dilihat sudah cukup matang berbanding diri saya yang masih bertatih. Ibadah mereka juga semuanya terjaga. Hingga solat dhuha pun tidak pernah lepas. Duduk termenung. Bukan termenung kosong. Layakkah saya mengejar cinta manusia, jika cinta dengan Allah masih lagi tidak cecah tahap cinta luar biasa. Anda tahu apa yang saya maksudkan dengan cinta luar biasa? Bila segala yang dilakukan kembali pada Allah. Semuanya kerana Allah. Memang cukup luar biasa, hingga dunia hanya mampu singgah sekilas mata.

(Teman-teman yang sudah mendirikan masjid juga terpelihara tahajudnya. Saya? Entahlah. Tenggelam dalam lena. Penghargaan gambar di sini. )

Itu baru kisah pertama. Terlalu berbunga bukan? Saya tahu. Jangan muntah di sini. Susah saya mahu bersihkan nanti. Ketawa. Mungkin terlalu abstrak untuk dikisahkan. Jika rasa faham itu kurang, sila baca laju-laju dalam keadaan berulang-ulang. Ia boleh membantu. Mungkin. Senyum simpul. Saya tahu kisah ini lebih kurang dengan entri yang lalu [link]. Kisah di sini sebagai pelengkap ceritera. Kalau ramai lagi yang bertanya, mari saya sumbat kamu dengan kedua-dua entri ini. Eh, bisakah? Kejam.


( Percayalah, jodoh itu rahsia Allah. Insan yang tepat akan hadir pada waktu yang tepat. Jika bukan jodoh di dunia, kita merasa di syurga. Kalau mahu jumpa di syurga, amalan di dunia kena jaga. Eh, ini lagi berbunga-bunga. Ambil sebakul. Penghargaan gambar di sini.)


Kisah kedua adalah kisah wang. Anda tahu yang walimah itu memerlukan sejumlah wang yang cukup. Bukan cukup untuk Majlis Kesyukuran sahaja, tapi cukup untuk hari selepas kejadian. Maksud saya begini, sejumlah wang diperlukan bukan setakat semasa kenduri, tapi ia perlu untuk hari-hari mendatang. Ya, saya tahu ada yang akan menyangkal, rezeki itu kan di tangan Allah. Memang. Syirik lah saya jika berani menyangkal yang itu. Mana datang rezeki, jika kita tidak berusaha mencari. Mahu duduk sahaja, menganga mulut dan menunggu duit turun dari langit? Ingat ya, entri ini adalah jawapan bagi diri saya sendiri. Juga jawapan kepada yang bertanya acap kali. Kalau ada pandangan sendiri, itu terserah. Tidak perlu hentak kaki tidak setuju di sini. Bawa bertenang ya semua.


( Wang memang bukan segala-gala nya. Tapi wang itu penting dalam segala hal. Hingga mahu tunaikan hajat di tandas awam pun perlu wang. Inikan lagi mahu tunaikan hasrat dirikan masjid. Penghargaan gambar di sini. )


Ini rentetan dari kisah kedua lagi. Rata-rata teman saya yang sudah berkahwin mempunyai pasangan hidup yang sudah ada sumber pendapatan tetap. Tidak kira, pasangan mereka bekerja sendiri atau bekerja di bawah kelolaan majikan. Yang penting, pasangan mereka memang sudah bekerja. Titik. Jadi, sudah ada sumber kewangan yang mampu untuk menyara keluarga. Juga menyara hidup alam rumah tangga. Tidak ada masalah wang di sini. Rata-rata teman saya yang sudah berkahwin juga daripada kerabat berada. Ibu dan ayah menanggung sepenuhnya kos majlis perkahwinan. Kos sara hidup pada hari-hari mendatang pula ditanggung juga separuh oleh ibu ayah dan separuh oleh biasiswa. Jadi, hanya tinggal akad nikah sahaja. Tidak mungkin yang itu mahu ayah yang angkat nikah. Alamat ada kisah menantu jadi madu jawabnya. Ketawa.

Saya dilahirkan dalam keluarga yang serba sederhana. Ayah dan ummi sudah bersara. Kakak sahaja yang bekerja kini. Saya dan adik-adik masih menuntut lagi. Alhamdulillah. Bukan mahu menyatakan rasa tidak syukur di sini. Saya hanya mahu menjelaskan, letak duduk perkara sebenar. Letak kait keadaan saya dengan situasi teman-teman saya. Saya perlu fikir keluarga yang sedia ada sebelum merancang ada keluarga yang baru. Terasa seperti terlalu matang pula dalam membicarakan soal ini. Eh, perasan seketika. Ya, jadi ini jawapannya. Saya perlu kaya dahulu. Oh ya, jangan salah sangka! Bukan setakat kaya duit. Duit itu bukan hanya penuh di poket, tapi ilmu agama juga perlu penuh di dada.


(Selalu berdoa bertemu dengan insan yang bakal menjadi imam dalam tahajud. Bakal memimpin tangan hingga syurga, bukan neraka. Terlalu tinggi mungkin harapan, jika dibanding dengan diri yang sedikit amalan. Penghargaan gambar di sini. )


p/s : Entri ini bukan ada maksud untuk menikam sesiapa. Sekadar jawapan yang tetap untuk diri sendiri. Juga jawapan penguat jika ditanya hati ke hati. Banyak pertanyaan tipikal diaju acap kali.

p/s lagi : Jodoh itu rahsia Allah. Kita merancang, dan Allah juga merancang. Namun perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan.

11 comments:

khalila ishak said...

adik manis.... tengok sini ye ^_^

http://tarisijemari.blogspot.com/2011/05/jom-letak-reply-button-di-kotak-komen.html

nusrah said...

@k.h.a.l.i.l.a

eh..dah kuar la..
hik2..alhamdulillah..
jump jump!
tp klu kat pop up window x kuar kan..baru tau, ingatkan x jadi..thanks a lot ;)

khalila ishak said...

@nusrah
hehee... jgn lompat kuat sgt. tkejut org rumah nnt. ha'a. kt pop up window x kua.

Hamba Ilahi said...

salam..
perkongsian yang baik.
kata senior saya yang dah dapat anak seorang, nikah kahwin ibarat akan nasi.
ada orang lapar sangat, tapi tak dapat makan.
ada yang sebaliknya belum lapar, tapi disuruh makan.
yang makan bertambah pun ramai kan?

hehe.

nusrah said...

@Hamba Ilahi

wsalam..
terima kasih sudi jengah dan komen di kotak kecil ini.

nikah kahwin = nasi??
pon boleh gak lah. hee

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum..

menarik perkongsian ini^^

nusrah said...

@Nazihah@Jiha

wsalam jiha..

terima kasih sudi komen di kotak kecil ini ;)

.::: mr IQ :::. said...

Soalan biasa tu... bg org dah mencapai umur lebih '10 tahun kedua'...

pepun kata Murobbi sy, "isteri adalah sumber ibadah"

(sekadar perkongsian setelah selesai membaca :))

Izzati Hashim said...

Salam alaik.

Boleh kah andai saya nak guna istilah 'BOSAN' dengan segala pertanyaan tipikal itu? huhuhu.

kantoi~!
hehehe.

bila dah masuk umur-yg-blh-nak-kahwin ni, semua org tanya mcm tu, masing2 lupa kot,yang jodoh itu ibarat mati...

Semuanya jelas sudah ditetapkan tarikhnya di Luh Mahfuz, hanya kita saja tak tahu. Dan bagaimana utk menjawab persoalan itu sedangkan ia di luar alam? Hmm...

p/s : ckp pasal wang, yg nak guna pakai utk kahwin tu, baru je lepas borak dgn mama. Seriously, buat saya terfikir panjang dan penyudahnya, "aku malas nak fikir bila belum tiba saatnya~!"


regards, izzati hashim (=

نور said...

Subhanallah..nice entry..teruskan kak nusrah...=)

nusrah said...

to Mr Iq :
Jika isteri adalah sumber ibadah, suami pula pembimbing ibadah. :D

to izzati :
dah lama zati komen, tapi bru ni nak respon...haha :D

betul zati. jodoh tu sama dgn ajal. ramai org terlepas pandang pasal hakikat ni.

semua dah tetap kat Luh Mahfuz. Jika ajal menjadi pemisah antara alam dunia ke alam barzakh, jodoh pula pemisah antara tahap fardhu muslim dan baitul muslim.

to syafiqa:
jazakillah for being here syafiqa. May your heart stay close to Allah. Moga blog ini ada manfaatnya utk awak. Moga dalam dakapan rahmat Allah selalu. ^^

p/s : oh, ya! Salam Taaruf :)