04 February 2010

Erti syukur

terlalu byk nikmat yg ku terima..
terlalu byk rahmat yg telah MU hulurkan..
terlalu byk kurniaan cintaMU..
namun..
begitu byk dosa ku padaMU..
begitu byk rungutan terungkap tatkala ujian menimpa..
begitu byk keluhan terucap ketika diri rasa terbeban..
begitukah hakikat seorang hamba yg tidak kenal erti syukur??

siapalah aku disisiMU..
aku hanya hamba..
hamba yg tidak kenal erti syukur..
hamba yg tidak punya apa..
hamba yg hanya diberi pinjam nyawa..
diberi pinjam rupa..
diberi pinjam helaan nafas..
diberi pinjam daya untuk hidup..
diberi pinjam akal untuk fikir..
diberi pinjam hati untuk merasa..
segala-galanya hanya pinjaman..
segala-galanya tidak kan kekal..
kerana segala-galanya..
bukan milikku..
tapi milikMu..
milikMu ya Allah..
milikMu ya Allah..

No comments: