Beza sungguh perasaan menaip antara menyiapkan ringkasan mengajar dan memuatkan satu entri blog. Janggal. Mungkin alasan kekangan waktu untuk menulis adalah kurang kukuh untuk saya berikan, tetapi disebabkan kita cenderung dengan medium-medium terkini seperti instagram dan twitter, kita sendiri yang meletakkan had masa untuk tidak menulis di ruangan blog. Tetap juga penulisan di blog mempunyai nilai sentimentalnya sendiri. Sama seperti kita merasakan ada nilai sentimental pada kiriman-kiriman surat lama orang terdahulu. Melihat semula dua tahun ke belakang ketika entri kali terakhir yang saya tuliskan, saya baru genap 8 bulan bekerja jauh dari keluarga. Ayat klise seperti "tulisan lama mampu menghidupkan" ternyata bukan lagi klise bila sepatah dua ayat yang pernah kita karang dulu mengingatkan kita tentang bagaimana tulisan-tulisan itu telah mendewasakan kita, membuktikan bahawa kita pernah lalui pelbagai fasa kehidupan.
[kredit] |
How's your quarantine life so far? It makes me realize that I need to slow down my pace where I always miss to look each little moment in my life. Yes, this quarantine phase has helped me to slow down. Teringat bila ada kawan-kawan rapat yang bertanya "tidak rindu mahu ke sekolah ke?", lama saya berfikir untuk bagi jawapan paling sesuai. I do miss my kids but I don't really miss to go back to school. I do miss my kids but I more appreciate this moment where I can spend quality time with my family. I do miss my kids but I don't really miss to be back in toxic environment and surrounded with negative vibes. Does it make sense? Anak-anak yang saya didik selamanya menjadi sumber saya untuk selalu bergerak ke hadapan; bangun semula untuk tetap memandang perkara-perkara mulia; dan belajar memejamkan mata pada perkara-perkara negatif. Saya harap bila saya ingin melihat semula waktu saya 'terjatuh' dalam menempuh asam garam dunia pendidikan, entri ini menjadi bukti bahawa saya pernah dan telah cuba untuk menjadi pendidik yang terbaik. Negative environment will discourage you to grow wiser, but as this storm passed you will realize you have became stronger than you think .
Alhamdulillah, ini adalah Ramadhan kedua saya dapat luangkan masa sepenuhnya di rumah sepanjang berkhidmat di bumi kenyalang. Kali pertama dahulu adalah pada Tahun 2018 di mana cuti sekolah selama sebulan kerana meraikan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri serentak. Allah Maha Pemurah dalam menunaikan setiap doa hamba-Nya. Perlahan-lahan saya akui, ini adalah cara bagaimana Allah mendidik saya untuk bersabar dalam berhadapan dengan suasana yang "kurang menenangkan".
Sekian, percubaan menulis entri yang mengambil masa lebih satu jam setelah 2 tahun tidak lagi aktif menulis di blog.