12 December 2012

Cara Paling Indah!

Bismillahirrahmanirrahim..

[ehsan]
"Semoga tidak akan kita lupa betapa hebatnya yakin Ibrahim pada Tuhan.

Kerana berapa ramai kita membuang ragu baiknya Tuhan bila mana datang musibah atas kita? Malah yang lebih selalu, bila datang hari-hari hancur, siap kita tanya-tanya Tuhan kita.

Malu sungguh jadi kita.

Selamat berkorban, sahabat dan kawan-kawan. Semoga kita lebih bercangkerang redha."

[ Bonda Arjuna ]


"Sabar boleh jadi benda paling payah. Ada masa dia jadi benda yang kita dengar pun dah benci. Tapi itulah satu-satu jaring yang pegang kita dari jatuh gaung. Tak ada dia kita boleh mati. "

Bonda Ikhlas ]

----

Buat kau yang gigih membaca bait-bait aksara aku :

Lorong mana lagi kau bisa kenal zat as-Sabr, ar-Rahman, ar-Razzaq? Ujian, itu sahaja lorongnya. Kau harus bangun dan tempuh, bukan kekal pegun dan jatuh. Jika sekarang kau sedang melewati lorong itu, maka saksikanlah, Tuhan sedang memperkenalkan 'diriNya' dengan cara paling indah!

----

Buat diri sendiri yang sudah macam mahu songsang otaknya :

Kekal lah tiupan semangat yang kau hembuskan tiap hela nafas. Sejujurnya, aku sedang menguatkan diri aku dalam saat-saat genting. Komputer riba aku tidak sihat di bahagian kipasnya. Jadi, mahu tidak mahu kena pinjam komputer riba adik bongsu untuk melunaskan sisa-sisa tugasan. Jujur aku rasa serba salah tahap dewa bila aku kata dengan ummi yang aku mahu pulang hanya semalaman semata-mata untuk pinjam komputer riba adik. "Tergesa-gesanya.", bilang ummi. Oh, kalau bukan ada temu janji hujung minggu ini Nusrah sudah duduk lama-lama dekat rumah. Masak nasi untuk ummi. Duduk senang-senang dekat tepi mesin jahit ummi. Selunjur kaki puas-puas dekat katil ummi. Curi-curi tenung ummi masa ummi solat. Aduh, kesat air mata!


2 comments:

Ainum Lathifah said...

kakak :')

nusrah said...

Ainum, mentabah dan menguat ok. :')

I may not know your troubles dear, but Allah do. So, may Allah gives you His comfort, joy, bless, love, guidence.